Monday, December 24, 2018

Understanding Media and Culture


BAB 10:- ELECTRONIC GAMES AND ENTERTAINMENT

Transisi zaman yang begitu pesat membangun, menyebabkan berlakunya ledakan teknologi dunia tanpa sempadan yang dilihat mula menguasai sebahagian daripada aspek kehidupan manusia. Menjelang tahun 1970, pertumbuhan serta pembangunan permainan video dan komputer mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Permainan video tersebut mula berevolusi  dan membolehkan komunikasi berlaku dalam kalangan pemain permainan video melalui sistem yang telah ditambah baik oleh pengasas permainan ini. Komunikasi yang berlaku ini membolehkan interaksi wujud dalam kalangan pemain secara maya. Antara contoh permainan video yang popular pada awal kemunculannya seperti Pac-Man, Nintendo, The Legend Of Zenda dan Final Fantasy.
Kewujudan video game ini juga telah ditambah baik saban waktu bagi menarik orang ramai terutama golongan muda untuk bermain dalam permainan video yang dicipta. Permainan video yang kian popular ini seiring dengan perkembangan dalam teknologi komunikasi dan teknologi maklumat. Selain itu, permainan video ini juga dicipta dengan pelbagai aspek yang adakalanya berkait dengan budaya dan sebagainya. Lagu-lagu juga dapat cipta melalui aplikasi yang tersedia dalam permainan video. Di samping itu, sosial media seperti Facebook juga menawarkan permainan video secara atas talian yang boleh diakses secara percuma. Kemudahan ini menyebabkan peningkatan penggunaan aplikasi sosial media ini dalam kalangan pengguna yang wujud pada hari ini.
Menjelang tahun 1950 an, simulasi Tic-Tac-Toe telah dibangunkan di EDSAC di salah sebuah stor penyimpanan maklumat komputer. Menjelang tahun 1970, merupakan kemuncak kepada perkembangan permainan video ini. Permainan video ini telah dikembangkan di Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang disebarkan di kolej dan kampus. Dan di awal tahun 1970an, hanya sebahagian orang yang mampu memiliki komputer. Komputer hanya digunakan di universiti, bisnes, dan juga kegunaan kerajaan. Penghujung tahun 1970an, merupakan titik permulaan kepada usahasama di antara negara untuk membangunkan permainan video ini seperti Jepun dan Amerika. Dalam tahun 1968, Ralph Baer telah mengembangkan permainan video (console) yang dinamakan Apparatuso. Kini permainan berkomputer lebih realistik dan mengasyikkan dengan aplikasi teknologi baru seperti simulasi, kecerdasan buatan dan realiti maya seperti Conflict Zone, Doom dan Unreal.


          Impak permainan video sememangnya diakui  dalam membawa perubahan kepada transisi perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. Perkaitan permainan video dalam bidang pendidikan juga semakin diakui kerana mengubah sedikit sebanyak landskap pendidikan sedia ada. Hal ini demikian kerana melalui aplikasi permainan video Brain Age dapat melatih otak untuk mengingat seberapa fakta yang ada. Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa ciri permainan video yang dapat membantu dalam pembelajaran. Menurut Overmas (2005), permainan video yang efektif dan berkesan adalah permainan yang mempunyai peraturan yang lengkap dan adil, memerlukan pemikiran logik dan sedikit pengiraan. Tuzun (2007) dalam kajiannya turut mengaitkan dengan ciri yang menyeronokkan.
          Dalam kajian Grice dan Strianese (2000) pula, terdapat beberapa ciri penting dalam suasana pembelajaran melalui permainan, antaranya ialah menyediakan interaksi dan tindakbalas yang tinggi, mempunyai matlamat yang khusus dan prosedur yang bagus, mempunyai motivasi, menyediakan alatan yang sesuai serta menyediakan suatu suasana yang tidak membosankan. Banyak kajian lepas juga menunjukkan bermain permainan video memberi faedah untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan motor (Kloffer, 2005). Kajian ini juga turut melihat nilai-nilai dari aspek psikologi pelajar seperti pelajar lebih bertindak balas dan lebih bermotivasi. Contoh permainan bercorak pendidikan yang digunakan dalam bilik darjah dewasa ini ialah SimCity, Railroad Tycoon dan Civilization III. Guitar Hero dan Rock Band juga mampu menguji daya fokus pemain untuk mengingat bunyi yang dimainkan.
Walaupun diakui permainan video banyak menghabiskan masa namun juga diakui bahawa permainan video dapat mewujudkan fokus dan daya fikir pemain. Perkembangan permainan video yang saban waktu telah ditambah baik ini memperlihatkan evolusi yang berterusan untuk menambah baik sistem permainan video yang wujud yang mana seimbang dari segi memberikan hiburan, mengurangkan stress dan juga meningkatkan kebolehupayaan daya fikir. Perkembangan permainan video ini juga telah mengubah budaya tradisional dari segi permainan yang dimainkan secara nyata ke keadaan virtual sahaja. Kewujudan XBOX yang mampu memaparkan imej 3-D yang dicipta seiring dengan perkembangan teknologi juga menjadi bukti kepada evolusi daya kreatif yang dilakukan oleh penciptanya bagi memberi nilai tambah baik kepada permainan video sedia ada.


BAB 11:- THE INTERNET AND SOCIAL MEDIA

Jaringan internet tanpa sempadan dan kewujudan aplikasi media sosial telah menyebabkan  komunikasi antara manusia semakin mudah dan pantas. Sekiranya dilihat serba sedikit mengenai sejarah internet, internet berasal dari Interconnected Network. Pada tahun 1962, internet telah dicipta buat pertama kali oleh J.C.R Licklider dan MIT Massachussetts Institute of Technology. Manakala pada tahun 1969 Department Pertahanan Amerika Syarikat telah menciptakan ARPANET untuk merancang bentuk jaringan dan rangkaian informasi yang dapat dipindahkan dan akhirnya semua standard yang telah mereka tentukan akan menjadi pemangkin pembangunan protocol baru yang sekarang dikenal pasti sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).
Pada awalnya, ARPANET dicipta untuk keperluan ketenteraan. Namun kerana perkembangannya yang pesat, ARPANET dipecah menjadi 2, MILNET yang digunakan oleh pihak ketenteraan dan ARPANET untuk keperluan non-militer. Kedua jaringan tersebut digabung dan dikenal pasti dengan nama DARPANET. Selain itu, pada tahun 1957, Union Soviet (Russia) melancarkan satellite luar angkasa, Sputnik. Manakala Amerika Syarikat telah menubuhkan Advanced Research Projects Agency (ARPA) yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi negara tersebut. Salah satu yang menjadi fokusnya ialah perkembangan teknologi komputer. Setelah itu, menjelang tahun 1960-an, ARPA mengembangkan ARPANET untuk mempromosikan “Cooperative Networking of Time-sharing computers”, dengan hanya empat buah host komputer iaitu Stanford Research Institute, Universiti of California, Los Angeles,  Santa Barbara dan Universiti of Utah.
Seterusnya menjelang tahun 1965, istilah “Hypertext” mula muncul. Pada tahun 1968, jaringan Tymnet pula telah dibuat. Anggota jaringan ARPANET bertambah menjadi 23 buah komputer dan menjadi milik pemerintah Amerika Syarikat dan Universiti. Manakala pada tahun 1972 pula, sebuah kelompok kerja yang dikenali sebagai International Network Working Group (INWG) dibuat untuk meningkatkan teknologi jaringan komputer dan juga membuat standard-standard untuk jaringan komputer, termasuklah internet.
Di samping itu, menjelang tahun 1978, Protokol TCP menjadi dua bahagian, iaitu Transmission Control Protocol dan Internet Protocol (TCP/IP). Setelah itu, pada tahun 1979, kumpulan penyelidik membuat mesyuarat USENET yang pertama iaitu Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin, alumni dari Duke University dan University of North Carolina, Amerika Syarikat. Setelah itu, penggunaan Usenet semakin meningkat secara drastik. Setelah itu, menjelang tahun 1980-an, rangkaian BITNET (Because Its Time Network) dimulai dengan menyediakan e-mail, mailing List dan juga File Transfer Protocol (FTP). CSNET (Computer Science Network) pun dibangun pada tahun ini oleh para ilmuan dan pakar pada bidang ilmu komputer dari Purdue University, University of Washington, RAND corporation dan BBN dengan sokongan dari National Science Foundation NSF. Jaringan ini menyediakan layanan e-mail dan beberapa layanan lainnya kepada para ilmuan tersebut tanpa mengakses ARPANET.
Pada tahun 1982, istilah “internet” digunakan buat kali pertama dan TCP/ IP diambil sebagai protocol universal untuk jaringan tersebut. Nama server mula dikembangkan sehingga membolehkan para pelayar internet atau pengguna berhubung kepada sebuah host. Pada tahun 1986 pula, nama domain diperkenalkan yang juga dikenali sebagai DNS atau Domain Name System yang berfungsi untuk menyeragamkan sistem permberian nama alamat di jaringan komputer.
Menjelang tahun 2008, telah muncul sosial media aplikasi Facebook yang telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Bilangan pengguna dan pelayar aplikasi Facebook ini juga semakin meningkat saban waktu. Sekiranya mahu mendapatkan pekerjaan atau memohon pekerjaan, hanya perlu menghantar resume dan semuanya melalui online sahaja. Personaliti dan gambar yang menarik yang terpapar di aplikasi Facebook boleh menarik orang untuk memulakan komunikasi dan berkenalan atas talian. Jarak beribu batu juga dapat di “dekatkan” melalui Facebook. Facebook dan Twitter mempunyai manfaat dalam memberikan maklumat terkini apa yang terjadi dan berlaku. Melalui sosial media ini, mampu mewujudkan komunikasi secara maya namun berkesan.
Sebagai contohnya, jika diteliti banyak imej menarik dapat dilihat daripada protes rakyat di Mesir semasa demonstrasi di dataran Tahrir. Akhbar The Times menawarkan slaid-slaid gambar yang diambil oleh jurufoto-jurufoto dari AP, Reuters dan EPA. Gambar golongan muda di sekeliling unggun api telah menjadi simbol universal. Apa yang cuba digambarkan  oleh media Barat ini adalah kehangatan dalam semangat dan cahaya kebenaran telah menyatukan rakyat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang menuntut pemerintah meletak jawatan. Gambar telefon bimbit yang duduk seiring dengan gambar unggun api memperlihatkan sumber hubungan sosial.

Menurut The Times dan The Guardian dan telah diperdebatkan  dalam laman web Democracy Now yang juga mempunyai entri dalam Twitter menyatakan bahawa protes yang kita saksikan di Tunisia dan Mesir merupakan satu revolusi dalam penyebaran maklumat. Malah media Barat memaknainya sebagai suatu revolusi Twitter. Oleh kerana terlalu obses, teruja dan ghairah dengan apa yang dapat dilakukan Facebook dan Twitter, penyelidikan mendalam mengenai peranan teknologi telah diabai dan dilupakan. Mungkin ini bukanlah perkara baru kerana inovasi teknologi akan terus berlaku di mana manusia akan terus mencari penemuan yang baru. Inilah juga yang membawa kepada penemuan internet dan telefon bimbit. Tanpa Twitter dan Facebook, protes rakyat, tidak akan berjaya di Tunisia? Sejauh manakah benar kenyataan ini? Jawapan boleh jadi ya atau tidak. Hal ini dapat menjadi pencetus tapi bukan penentu kepada perubahan dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana terdapat aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada protes rakyat dari segi ekonomi, politik dan sosial umpamanya.
Bagi menyahkan kemaruk revolusi Twitter yang digemburkan sebagai kuasa baru, kita harus mengetahui hakikatnya bahawa media sosial yang dikatakan Facebook dan Twitter bukanlah teknologi. Ia adalah firma komersial dengan perkhidmatan yang dimajukan sebagai komoditi yang bertujuan memberikan nilai tambah dan pulangan keuntungannya kepada para pelabur. Twitter teknologi telah mengenepikan pembangunan dan kemajuan teknologi. Keterujaan terhadap sesuatu teknologi akan menaikkan semangat seolah-olah teknologi adalah bebas dari sebarang autoriti atau penguasaan.
Ia seolah-olah menenggelamkan kita daripada memikirkan hubungan demokrasi dengan teknologi dalam masyarakat kapitalis. Kita juga dilalaikan daripada memikiran kerumitan hubungan budaya, politik dan ekonomi dengan teknologi dan membebaskan peranan pemerintah, institusi dan perundangan dunia yang bergantung kepada teknologi dalam melakukan ketidakadilan dan kekejaman. Mungkin ramai pengkritik yang tidak bersetuju dan menunjukkan bahawa revolusi Twitter atau Facebook telah memperhebatkan protes rakyat di Mesir tetapi fenomena harus diselidiki dengan lebih mendalam.
Liputan berita Barat agak meluas mengenai apa yang berlaku di negara Arab mengenai protes rakyat menentang kerajaan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali sehingga beliau melarikan diri meninggalkan Tunisia berlindung di Arab Saudi. Laporan Media Barat seolah-olah memperlihatkan ledakan sosial dalaman ditujukan kepada penentangan terhadap kerajaan. Campur tangan asing dalam hal-ehwal dalam negeri Tunisia tidak pernah disebut media Barat atau tidak pernah ada. Sebenarnya kenaikan harga barang dan isu pengangguran di Tunisia bukanlah berpunca dari dasar kerajaan Ben Ali tetapi ia telah diatur dan ditentukan oleh Wall Street dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Bahkan pemimpin yang lebih kejam adalah mereka yang di belakang Wall Street dan IMF. Oleh itu, kita harus kritikal dengan konsep revolusi Twitter atau Facebook dan tidak menjadikan kita sebagai alat pemantauan kerajaan.


BAB 12:- ADVERTISING AND PUBLIC RELATIONS

Pengiklanan telah diamalkan sejak zaman dahulu.  Ianya bermula dari zaman dahulu kala, zaman cetakan, zaman maklumat dan hinggalah kini iaitu zaman pengiklanan moden.  Seiring pertumbuhan ekonomi yang berkembang, pengiklanan menjadi sangat penting kerana mempunyai potensi dalam memulakan perniagaan. Menurut Terence A. Shimp (2003), secara umum pengiklanan mempunyai fungsi komunikasi yang penting bagi perusahaan perniagaan dan organisasi yang lain.
         
          Antara fungsi pengiklanan ialah, Informing iaitu memberi informasi. Hal ini dapat dilihat oleh konsumer apabila cuba mencari maklumat mengenai barang terbaru yang dijual atau dipasarkan. Seterusnya ialah Persuading atau pemujukan. Pengiklanan yang efisien dan efektif mampu merangsang minat pengguna untuk  mencuba dan menggunakan produk yang terdapat di pasaran. Hal ini demikian kerana terpengaruh dengan keberkesanan iklan yang dipaparkan. Seterusnya ialah Reminding iaitu mengingatkan. Pengiklanan bertanggungjawab untuk memastikan agar perniagaan yang ingin diusahakan terus dikenali dan bertahan di pasaran. Pengiklanan yang efektif dapat meningkatkan minat pengguna terhadap produk yang digunakan.

Seterusnya ialah Adding values iaitu memberikan nilai tambah. Pengiklanan dapat memberikan nilai tambah pada produk dan mempengaruhi persepsi pengguna. Pengiklanan yang efektif menyebabkan produk dianggap lebih unggul dan bergaya dari pesaing perniagaan yang menawarkan barangan yang sama. Di samping itu juga pengiklanan ini juga Assiting atau bantuan. Pengiklanan akan membantu perniagaan untuk memberikan tawaran terbaik kepada pengguna untuk membeli barang dengan cara penawaran kupon-kupon atau diskaun pembelian melalui pengiklanan yang dipaparkan, Keadaan ini sedikit sebanyak membantu untuk melariskan perniagaan.

          Selain kepentingan pengiklanan untuk memperkenalkan penrniagaan, perhubungan awam tidak dinafikan mempunyai pengaruh besar dalam menentukan hala tuju perniagaan ke arah yang lebih baik. Berdasarkan sejarah, konsep perhubungan dengan pihak awam atau (perhubungan awam) adalah mewakili aktiviti komunikasi yang digunakan di Amerika Syarikat untuk meluaskan pengaruh serta kekuasaan kepada negara lain. Sebagai contohnya, kempen Perang Dunia Pertama telah memperjelaskan bahawa pengiklanan itu digunakan untuk mempengaruhi tanggapan awam dan nilai. Pengiklanan memfokuskan kepada penghasilan produk baru dan idea ini sememangnya jauh lebih baik berbanding dengan peranan pengiklanan yang dikaitkan dengan pemodenan. American of Advertising Agencies pada tahun 1926, Presidennya, Coolidge mengatakan bahawa pengiklanan bertanggungjawab ke atas perubahan hidup manusia. Selain itu, jika dilihat sebelum ini pengiklanan tidak dapat dipisahkan dengan standard penilaian untuk menggunakan white people, middle class bagi mengiklankan sesuatu produk bagi menimbulkan keyakinan ke atas produk yang diusahakan.

 Selain itu, perhubungan awam merupakan suatu usaha yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat melalui perwatakan yang baik dan prestasi yang bertanggungjawab berdasarkan kepada komunikasi dua hala yang saling memuaskan dua pihak. Perhubungan awam ialah bentuk utama komunikasi yang mengarah kepada pemantapan, pemahaman dan penerimaan publik. Menurut Kim-JN, Ni, dan Sha, (2008), segmentasi dalam perhubungan awam boleh membantu memilih publik yang berpotensi dan hal ini dapat meningkat keberkesanan organisasi dalam mendapatkan sokongan sumber daripada pihak berkepentingan dan publik bagi membantu memenuhi matlamat strategik organisasi. Perhubungan awam secara spesifiknya membantu aktiviti jualan. Selain itu dapat memberi kesedaran dan membina aktiviti jualan melalui hubungan di antara pengguna d an jenama. Perhubungan awam memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran khususnya.         
Terdapat empat model perhubungan awam iaitu traditional publicity, public information, persuasive communication dan two way symmetric yang telah diperkenalkan oleh James Grunig dan Todd Hunt (1984) dalam artikel popularnya berjudul Menguruskan Perhubungan Awam (1984) dan menyatakan bahawa perhubungan awam sebagai mengurus komunikasi antara organisasi dengan pihak publik. Pemaknaan model yang pertama iaitu traditional publicity adalah perhubungan awam mencipta rangkaian media untuk klien, produk atau acara. Usaha ini dapat dilihat dalam publisiti spontan yang diperolehi melalui temubual selebriti dalam majalah fesyen seumpamanya. P.T Barnum merupakan antara orang terawal mengamalkan jenis perhubungan awam ini. Dia berpendapat bahawa usaha mendapatkan publisiti berjaya kerana dia percaya sebarang rangkaian merupakan asset berharga untuk memperkenalkan klien, produk atau acara. Contohnya, publisiti ekstrem mengenai kontroversi penyanyi Lady Gaga dan Marilyn Manson.


            Model seterusnya ialah public information adalah untuk memberi maklumat. Model ini kurang memberi perhatian kepada rangkaian media dramatik melainkan memberi informasi mengenai produk yang ingin diperkenalkan. Seterusnya ialah persuasive communication iaitu memujuk sasaran audiens untuk mengadaptasi sebahagian perilaku atau pandangan. Untuk melihat sejauhmana keberkesanan model ini, model jenis ini mempunyai respon yang menjadi ukuran dan penilaian. Sebagai contohnya, propaganda kerajaan. Edward Bernays dikenali sebagai pegawai perhubungan moden disebabkan usaha beliau dalam meningkatkan jualan bond dalam Perang Dunia pertama.

Di samping itu, model seterusnya ialah two  way symmetric model. Model jenis ini, menggambarkan komunikasi yang berkesan di antara organisasi dan pengguna. Dengan mengadakan perbincangan secara dua hala maka keputusan melalui persefahaman dan persetujuan dapat dicapai dengan baik. Model perhubungan awam jenis ini diamalkan di forum terbuka bagi mendapatkan sokongan umum. Perhubungan awam dapat menjana idea dan perhatian umum untuk mendapatkan pelanggan. Dan ianya juga dapat dilihat sebagai usaha untuk memudahkan komunikasi di antara syarikat, pelabur, rakan usahasama dan pekerja. Komunikasi dua hala ini penting dalam sesebuah organisasi bagi membantu pekerja merasa mereka adalah sebahagian daripada syarikat.

Antara fungsi perhubungan awam mengendalikan semua aspek untuk organisasi seperti mewar-warkan produk organisasi melalui media. Perhubungan awam termasuklah mempunyai rangkaian media yang membolehkan produk, klien atau acara dapat diperkenalkan dengan baik sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media sosial. Selain itu juga membantu mengukuhkan komunikasi dalaman di antara organisasi dan pekerja serta subsidiar dalam organisasi. Selain itu juga, menjaga hubungan dengan rakan kongsi perniagaan yang diusahakan. Perhubungan awam juga bertujuan untuk menjaga kepentingan awam dengan terlibat sama dengan pemimpin komuniti dan juga menyelesaikan isu umum berkaitan dengan isu produk yang ada. Hubungan dengan pelabur juga menjadi keutamaan bagi menjaga kelangsungan perniagaan, dan dilihat perhubungan awam memainkan peranan dalam menyeimbangkan kepentingan antara organisasi, pelabur dan pemegang saham. Selain itu, perhubungan awam juga membantu untuk membersihkan dan menjaga imej syarikat dari terpalit kepada isu-isu yang mampu mencemarkan syarikat.

Kesimpulannya, pelbagai usaha dilakukan oleh syarikat untuk menjenamakan produk di samping mengutamakan komunikasi di antara syarikat dan pengguna bagi menjaga kelangsungan produk di dalam pasaran. Laman media sosial juga membantu memberi perangsang untuk menggunakan pelbagai teknik penjenamaan dan membenarkan pengguna untuk membina profil organisasi mereka untuk berkomunikasi dengan teras nilai yang ingin dipertonjolkan kepada khalayak. Hal ini adalah sedikit sebanyak daripada kesan pengiklanan dan juga kefungsian perhubungan awam dalam kebudayaan moden. Penjenamaan yang dahulunya menjadi teknik dalam perniagaan untuk memasarkan produk, kini telah menjadi sebagai teknik komunikasi umum yang digunakan untuk memberikan keyakinan kepada khalayak ramai untuk memilih produk mereka sebagai sebahagian daripada kelangsungan kehidupan.

12 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Chapter 4 (Newspaper)
    Nursiah Robert
    YA2015-1011

    Akhbar ataupun lebih dikenali sebagai “surat khabar” berperanan penting dalam kehidupan masyarakat hari ini. Ia bertindak sebagai media komunikasi massa yang menyalurkan pelbagai maklumat yang boleh mempengaruhi masyarakat pembaca. Lebih-lebih lagi, akhbar merupakan wadah yang paling cepat untuk menyampaikan maklumat terkini kepada masyarakat umum.
    Sejarah kewartawanan dan perkembangan media Massa berkait rapat dengan usaha manusia mencari kebebasan diri, iaitu sejak mereka berpeluang untuk bercakap dan menulis. Lima abad yang lalu, selepas wujudnya teknologi percetakan, manusia mula dapat menyalurkan idea dan pandangan mereka kepada orang ramai. Salah satu komponen media Massa yang berpengaruh dalam membantu masyarakat melahir dan menyalurkan idea ialah akhbar. Seperti di kebanyakan negara lain, akhbar adalah media cetak yang utama di Malaysia (Jamudin Idris, 1996).
    Di Malaysia, Sejarah media Massa bermula dengan media cetak, sama seperti di negara yang lain. Media cetak yang telah diperkenalkan oleh Johann Gutenberg pada sekitar tahun 1450an telah memudahkan dalam percetakan akhbar, buku dan juga majalah ketika itu. (E-Man, 2004). Salah satu medium komunikasi dalam menyampaikan maklumat adalah melalui pencetakan akhbar. Akhbar adalah media yang menyampaikan maklumat kepada orang ramai. Melalui penulisan dalam akhbar, orang ramai dimaklumkan mengenai perkara-perkara atau isu-isu semasa, peristiwa bersejarah, hiburan sukan, dan sebagainya dimana kebiasaannya akan dikeluarkan pada setiap hari.
    Penciptaan alat cetak mendorong kelahiran dan perkembangan persuratkabaran termasuklah Tanah melayu. Sejak dari dahulu lagi Surat khabar merupakan alat komunikasi bagi masyarakat moden di dunia ini. Kelahiran Surat khabar telah membuktikan bahawa masyarakat telah maju iaitu sekurang-kurangnya telah tahu membaca atau menulis dan tidak lagi buta huruf.
    Akhbar merupakan salah satu sumber dalam pengkajian sejarah, dimana ia memainkan peranan yang penting dalam memetakan kepada kita tentang keadaan zaman lampau, perihal mengenai sesuatu masyarakat, terutamanya apabila tiada sumber yang berupaya menjelaskan sesuatu. (Siti Rodziyah, Akhbar saudara, 2006)
    Menurut A.M.Iskandar, sebagai satu institusi penyebar maklumat, akhbar sangat berguna sebagai alat untuk mendapatkan maklumat, menyatakan pendapat, memberikan penerangan, membimbing, mendidik dan mempengaruhi masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan sosial. (A.M.Iskandar Haji Ahmad, 1980). Akhbar juga mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan masyarakat dan berfungsi dalam melapor, mengupas dan kadangkala menilai dan mengkritik isu-isu semasa dalam masyarakat.
    Sebagai media Massa, akhbar mempunyai kemampuan menyimpan segala maklumat secara kekal kerana media Massa dapat mengimbangi masyarakat. Akhbar juga digunakan sebagai saluran penyebaran idea dan pemikiran baharu kepada masyarakat dan sering dilihat sebagai salah satu alat yang dapat membentuk persepsi mengenai reality sosial dalam sesebuah masyarakat. Menurut Hermant Shah & Michael Thornton:
    News media are an important source ofcultural production and imformation. Their representations of the social world provide explanations, dscriptions andframes for understanding how and why the world works as it does. (Hermant Shah & Michael C. Thornton, 2004).
    Melalui surat kabar juga ia turut melahirkan para penulis jurnal yang handal dimana ia sentiasa memerhati isu-isu semasa sebagai intipati jurnal yang akan disiarkan melalui penulisan surat kabar tersebut.

    ReplyDelete
  3. Ulasan Bab 1-3

    Bab 1 yang yang diselitkan dalam buku ini ditulis untuk membantu dalam memahami media dan budaya. Media dan budaya adalah sebahagian daripada zaman kini yang kadang-kadang sukar untuk melangkah mundur dan menghargai serta memahami impak mereka yang besar terhadap kehidupan seharian.

    Bab kandungan bermula dengan tumpuan tepat pada media. Bayangkan hari biasa kita, kita akan terbangun pada jam penggera digital atau mungkin telefon bimbit kita. Tidak lama selepas bangun, kita mungkin mempunyai rutin yang melibatkan beberapa media. Sesetengah orang akan segera menyemak telefon bimbit untuk mesej teks. Orang lain akan menghidupkan komputer dan menyemak Facebook, e-mel, atau laman sesawang. Sesetengah orang membaca akhbar, orang lain mendengar muzik di iPod atau CD. Sesetengah orang akan menghidupkan televisyen dan menonton saluran cuaca, berita kabel, atau siaran sukan, sambil menuju kerja atau kelas, kita boleh berbual melalui telefon bimbit atau mendengar muzik. Di dalam kelas mungkin menggunakan pelbagai jenis media dari perisian pengurusan kursus untuk persembahan PowerPoint ke DVD ke YouTube. Pulang ke rumah dan berehat dengan permainan video, televisyen, filem, lebih banyak Facebook, atau muzik. Kita berhubung dengan rakan-rakan di kampus dan di luar dengan mesej teks atau Facebook. Dan hari kita mungkin berakhir apabila kita tertidur dengan muzik digital. Media untuk kebanyakan kita dihidangkan dengan hampir setiap aspek kehidupan dan pekerjaan. Memahami media bukan sahaja akan membantu kita menghargai peranan media dalam hidup tetapi juga membantu kita menjadi warganegara yang lebih bermaklumat, pengguna yang lebih bijak, dan pekerja yang lebih berjaya.

    ReplyDelete
  4. Bab ini mempunyai pautan sangat berpengaruh dalam kajian media, Memahami Media, oleh ahli teori sosial dan pengkritik, Marshall McLuhan.Marshall McLuhan, Memahami Media: Sambungan Manusia. New York: McGraw Hill, 1964. Di tengah-tengah abad ke-20 dan kebangkitan televisyen sebagai medium massa, McLuhan meramalkan betapa besar media akan membentuk kehidupan manusia. Kerja-kerja beliau di media merangkak empat dekad, dari tahun 1950-an hingga kematiannya pada tahun 1980. Pada tahun 1960-an dan 1970-an, semasa ketinggian populariti televisyen dan kemunculan komputer, ia menjadi selebriti antarabangsa. Dia muncul dalam liputan majalah dan rancangan televisyen. Dia mempunyai penampilan cameo dalam filem Woody Allen, Annie Hall. Majalah berwayar menyenaraikannya di atas mastheadnya sebagai "pelindung saint." Namun, di universiti, McLuhan sering dipecat, mungkin kerana selebritinya, gaya anehnya, dan pernyataannya yang luas dan menyapu. Namun begitu media terus berkembang dengan cara yang dijangka oleh tulisannya, McLuhan sekali lagi menemui penonton dalam kajian media.

    Dalam Memahami Media, McLuhan menawarkan beberapa pemikiran yang provokatif. Beliau berkata media itu sendiri jauh lebih penting daripada kandungan yang mereka bawa. Malah, katanya, setiap medium, seperti cetakan atau siaran, secara fizikal mempengaruhi sistem saraf pusat manusia dengan cara tertentu. Media mempengaruhi cara kerja otak dan bagaimana memproses maklumat. Mereka mencipta pola pemikiran dan tingkah laku baru. Melihat kembali dari masa ke masa, McLuhan mendapati bahawa orang dan masyarakat dibentuk oleh media dominan masa mereka. Sebagai contoh, McLuhan berhujah, orang dan masyarakat era era percetakan dibentuk oleh media itu, katanya, orang dan masyarakat sedang dibentuk dengan cara baru melalui media elektronik. Menyimpulkan, dalam salah satu frasa yang terkenal, dia berkata, "Media adalah mesej"

    ReplyDelete
  5. McLuhan juga memahami bagaimana budaya bentuk media. Walau bagaimanapun, satu kelemahan dalam kerja-kerja McLuhan, terutamanya kerja awalnya, adalah bahawa dia tidak sepenuhnya mengambil kira bagaimana budaya membentuk media. Budaya boleh menjadi istilah yang tidak jelas dan kosong. Kadang-kadang budaya ditakrifkan dalam erti yang sangat sempit sebagai "seni" atau semacam penghayatan yang bergaya. Walau bagaimanapun definisi budaya yang lain jauh lebih luas. Dalam erti yang lebih luas ini, budaya adalah cara hidup tertentu dan bagaimana kehidupan itu bertindak setiap hari dalam kerja, amalan, dan aktiviti. Oleh itu, kita boleh bercakap tentang budaya Itali, kebudayaan Jawa, atau budaya orang Yunani kuno. Ahli teori komunikasi lain, James Carey, secara elegan menangkap pandangan luas budaya ini. Dalam "Pendekatan Kebudayaan untuk Komunikasi," Carey menulis perkara berikut:

    "Kami mencipta, menyatakan, dan menyampaikan pengetahuan dan sikap terhadap realiti melalui pembinaan pelbagai sistem simbol: seni, sains, kewartawanan, agama, akal sihat, mitologi. Bagaimanakah kita melakukan ini? Apakah perbezaan sejarah dan perbandingan di dalamnya? Bagaimanakah perubahan dalam teknologi komunikasi mempengaruhi apa yang dapat kita sangkakan dan menimbulkan secara konkrit? Bagaimanakah kumpulan dalam masyarakat bergelut dengan definisi apa yang sebenarnya?






    Rasa kebudayaan yang besar akan digunakan dalam buku ini. Bab-bab yang akan datang akan memberikan pandangan mendalam mengenai hubungan media dan budaya. Melihat pelbagai jenis media dan bagaimana bentuk media dan dibentuk oleh budaya. Media dan budaya saling membina di seluruh dunia. Tumpuan dalam buku ini tertumpu di Amerika Syarikat. Fokus ini bukan kerana media Amerika Syarikat mempunyai jangkauan global sedemikian tetapi kerana pemahaman media dan budaya dalam satu tetapan akan membolehkan kita memikirkan media dan budaya dalam tetapan lain. Perjalanan intelektual ini perlu menarik dan menyeronokkan. Kita hidup, belajar, bekerja, dan bermain dengan media dalam budaya. Dengan akhir buku, kita harus mempunyai penghargaan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang mereka.

    Kesimpulannya, media/medium massa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Keburukan dan kebaikan yang diperoleh adalah bergantung kepada pengguna itu sendiri. Sesungguhnya menjadi seorang warganegara yang bermaklumat positif adalah tiang kepada pembangunan Negara, membantu dalam pembangunan ekonomi, dan sosial masyarakat.

    ReplyDelete
  6. Bab 13 Ekonomi media massa

    Bab ini menerangkan tentang penggunaan media dalam ekonomi tentang bagaimana peranan media amat penting dalam meningkatkan ekonomi. Peranan internet membantu membangunkan ekonomi.
    Syarikat NBC adalah salah satu bagaimana penglibatan media terhadap ekonomi. Model bisnes ini dapat dikategorikan kepada tiga kategori umum iaitu monopoli, oligopoli dan juga pertandingan monoplistk. Monopoli bisnes dalam erti media adalah yang sangat biasa. Contohnya dalam sebuah pekan hanya terdapat satu bentuk media iaitu surat khabar dan ianya menjadi tumpuan semua masyarakat kerana satu-satunya media yang wujud untuk memberi maklumat kepada penduduk pekan tersebut. Oligopoli pula adalah beberapa bentuk media yang dikuasai oleh beberapa syarikat yang juga mengetengahkan produk dan perkhidmatan yang sama. Oleh yang demikian akan berlaku persaingan antara syarikat yang terlibat. Berbeza dengan monopoli kerana bisnes monopoli tidak mempunyai saingan dan hanya fokus pada satu produk sahaja. Manakala pertandingan monopolistik menawarkan sama seperti oligopoli iaitu menghasilkan satu produk dan perkhidmatan yang sama tapi dalam kuantiti yang lebih berskala besar. Dan ianya melibatkan satu persaingan sengit antara syarikat terlibat.
    Menyedari tentang kepentingan dan kemampuan media menghasilkan duit dan keuntungan syarikat-syarikat besar mula memberi tumpuan kepada media yang mampu memberi pulangan besar kepada mereka. Contohnya melibatkan diri dalam bidang pengiklanan. Media cetak mula kurang mendapat sambutan apabila adanya media elektronik yang mula memonopoli pasaran. Media elektronik menjadi antara pilihan utama pengguna dalam kehidupan seharian mereka.
    Media cetak seperti buku, surat khabar dan majalah mula mengalami kemerosotan apabila pengguna mula beralih arah kepada media elektronik. Internet ternyata memberi impak yang amat besar kepada cabang media lain apabila rata menggunakan internet kerana internet mempunyai liputan yang agak meluas. Internet mula menguasai industri dalam pelbagai cara seperti YOUTUBE yang menjadi pilihan utama berbamding dengan radio dan televisyen.
    Aplikasi google mula menggantikan surat khabar dan juga majalah. Syarikat terpaksa menggunakan pelbagai strategi untuk mempromosikan surat khabar dan juga majalah.
    Oleh kerana penggunaan internet semakin popular dan diguna pakai oleh pelbagai lapisan masyarakat ianya membawa impak yang berbeza-beza kepada setiap orang. Bagi pengguna yang memang mahir ianya membantu pengguna tersebut namun bagi yang tidak mempunyai kemahiran mengakses internet menimbulkan kesulitan pada diri mereka sendiri. Media digital telah membawa perubahan besar kepada media lama dan menukar corak pemikiran pengguna.

    ReplyDelete
  7. Bab 14 Etika media massa

    Membincangkan tentang kebebasan media menyentuh isu-isu penting secara terbuka demi untuk mendidik pemikiran masyarakat. Media perlu mengikut etika yang ditetapkan dan tidak melanggar sebarang etika demi untuk mendapatkan sesuatu berita sensasi hanya untuk gosip semata-mata. Pengamal media perlu diberikan limit dalam menyampaikan berita mengenai seseorang yang menjadi public figure.
    Berikutan dengan kemajuan media yang semakin mendominasi, penindasan juga terjadi seiring dengan kemajuan media. Pengguna media bebas untuk menlontarkan pandangan atau pemikiran mereka sesuka hati tanpa memikirkan kesan negatif hasil daripada perbuatan mereka itu. Oleh itu, satu etika media diwujudkan untuk menyekat media daripada melanggar batas-batas dalam menggunakan media massa.
    Etika media massa juga menyekat pengguna yang bersifat bias dalam penulisan mereka. Selain itu, memberi pendidikan kepada pengguna media yang selalu menyampaikan berita-berita yang tidak benar.
    Bagi etika pertimbangan dalam dunia online pula, ianya terwujud untuk pengawasan mempertimbangkan isu yang privasi apabila hendak diketengahkan. Etika pertimbangkan online juga menghalang daripada plagiatrisme. Oleh itu, wujudlah satu undang-undang iaitu Law Copyright (undang-undang hak cipta) yang diwujudkan di U.S untuk melindungi karya seseorang.

    ReplyDelete
  8. Bab 15 Media dan persekitaran

    Di U.S pada abad ke 20 telah ditubuhakan 3 agensi utama bagi mewujudkan ineteraksi antara pihak kerajaan dan orang ramai. Antara agensi yan terlibat ialah Federal Trade Commission (FTC), Federal Radio Commission (FRC) dan Federal Couminactions Commission (FCC). Ketiga-tiga diatas memainkan peranan penting dalam hubungan interaksi antara kedua pihak antara kerajaan dan orang ramai. Bab ini berkesinambungan daripada bab sebelumnya yang mengupas lebih dalam lagi mengenai isu media massa dan juga undang-undang dalam media yang biasanya menjadi persoalan pada para pengguna seperti isu-isu plagiat dan juga hak cipta.
    Media bukan sahaja menjadi medium penyaluran maklumat tetapi menjadi antara saluran untuk digital kempen seperti yang digunakan Presiden Barack Obama sewaktu berlangusungnya kempen pemilihan presiden. Media juga dapat mempengaruhi undang-undang dan kerajaan. Kuasa media yang mampu menjadi medan yang amat penting sekiranya melibatkan bidang politik.

    ReplyDelete
  9. Bab 16 Masa depan media massa

    Bab ini membincangkan bagaimana media mula mengambil alih hidup seseorang yang ketika ini terlalu bergantung dengan media. Segala-galanya hanya bergantung kepada media bermula dengan bangun pagi dan hinggakan melakukan aktiviti seharian. Bagaimana Apple’s iphone dan Ipad mula mendapat perhatian dari seluruh dunia yang menyebabkan jualannya meningkat sepanjang tahun. Kehidupan manusia beruabah secara drastik sejajar dengan perkembangan media. Perbandingan antara media tradisional dan media baru yang banyak mencorak kehidupan pengguna media.
    Perkembangan media turut mengangkat sama permainan game elektronik dan hiburan yang popular di kalangan masyarakat dari pelbagai lapisan tidak kira umur. Penggunaan internet yang berleluasa juga telah meningkatkan permainan game online yang telah menyebabkan online game amat popular dikalangan anak muda masa kini. Bukan itu sahaja, internet dan sosial media juga semakin menjadi pilihan utama untuk abad ini. Sosial media digunakan rata-rata oleh semua orang kerana adalah media sosial adalah penghubung utama antara individu. Aplikasi whatsapp dan facebook adalah contoh yang amat jelas tentang penggunaan media sosial yang semakin berkembang.
    Teknologi baru yang semakin berkembang semakin menghapus media tradisional yang semakin hari semakin tidak dipedulikan lagi. Penggunaan smartphone mengambil alih bentuk media cetak dengan adanaya berita dalam talian. Orang mula lebih memilih sosial network berbanding dengan media cetak. Hal ini kerana, kemudahan untuk mengakses laman web memudahkan mereka mendapatkan maklumat yang diperlukan.
    Walaubagaimanapun, media baru tetap mempunyai pro dan kontranya juga. Tidak semestinya sesuatu berita yang disampaikan adalah tepat dan benar menurut kejadian yang sebenar-benarnya. Selain itu, internet boleh mengundang berlaku gejala sosial yang semakin berleluasa. Penyalahgunaan internet menimbulkan kesan dan impak negatif yang dapat menjatuhkan seseorang individu oleh orang yang mempunyai kepentingan. Oleh itu, bergantung kepada pengguna itu sendiri sama ada mengguna internet untuk tujuan yang baik atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  10. Berdasarkan penulisan Understanding Media and Culture, saya akan mengulas tiga bab iaitu bab tujuh, lapan dan sembilan yang mana bab-bab tersebut menekankan mengenai perkembangan media massa pada peringkat awal sebagai medim perhubungan di antara manusia sebelum wujudnya gadjet yang lebih canggih seperti yang kita gunakan kini. Maka, dalam bab-bab tersebut, saya akan memberi penekanan mengenai sejarah penciptaan media yang ditekankan mengikut bab, kemudiannya menjelaskan bagaimana penggunaan media tersebut mendapat sambutan dan digunakan secara meluas sehingga ke hari ini.

    Bab tujuh merupakan bab yang memperihalkan mengenai perkembangan radio dalam kehidupan manusia. Diciptakan oleh Guglielmo Marconi yang berasal dari Italy menerusi idea dan eksperimen Hienrich Hertz, beliau membuat salinan eksperimen tersebut sehinggalah berjaya mencipta satu bentuk perhubungan secara wireless dari satu rumah ke satu rumah yang lainnya. Disebabkan oleh kerajaan tidak berminat dengan hasil kerja beliau, maka beliau telah membawa patent ciptaannya dan berpindah ke England dengan harapan bahawa ciptaan tersebut akan memberi faedah kepada perkembangan dalam sistem perhubungan manusia ketika itu.

    Namun, ketika itu perhubungan elektronik secara jarak jauh telah lama wujud iaitu semenjak abad ke 19 lagi. Telegraf menyampaikan mesej perhubungan melalui ketikan butang jarak dekat dan jauh menerusi kabel bawah laut yang dihubungkan menerusi Amerika dan England. Kemudiannya, telegraph telah menjadi pemangkin kepada penciptaan telefon yang menyampaikan mesej menggunakan suara pada tahun 1870 menggunakan prinsip ciptaan yang sama seperti telegraf, iaitu dengan menggunakan kable.

    Keunikan radio yang menggunakan wireless menyebabkan ciptaan Marconi mendapat perhatian. Ciptaan ini telah membuka peluang kepada banyak syarikat-syarikat radio muncul dan penggunaannya menjadi sangat penting ketika menjelang perang dunia pertama. Apabila peperangan tamat, radio mula berfungsi untuk memberikan hiburan, berita dan maklumat dan pada tahun 1922, radio menyiarkan lebih dari 40 buah drama. Kemudiannya, radio mula mengkomersialkan iklan bagi tujuan perniagaan. Namun, penggunaan iklan menerusi radio tidak sebegitu meyakinkan disebabkan oleh penjagaan terhadap privacy syarikat dan juga masa yang terhad untuk memperkenalkan produk tersebut.

    Sehinggalah tamatnya the great depression dan penamatan akta komunikasi 1934, pengkomersialan iklan menerusi radio menjadi sesuatu yang menguntungkan sehinggakan banyak syarikat mengupah stesen radio bagi mempromosikan barangan mereka. Tahun 1930 sehingga 1950 merupakan zaman keemasan bagi pengunaan radio. Selain dari menyiarkan hiburan, berita, dan iklan, pada tahun 1940 terdapat beberapa agensi yang menggunakan radio bagi tujuan pendidikan awam seperti program the school of the air dan college of the air. Namun, kemunculan televisyen pada tahun 1940 dan 1950 menyebabkan radio tidak lagi menjadi pilihan. Keputusan radio juga mengabaikan penyiaran drama dan pelbagai persembahan menyebabkan kedudukannya terletak di ranking ke 40 penggunaan media popular ketika itu.

    Fungsi radio kemudiannya hanyalah sebagai medium penyampaian berita dan lagu. Namun terdapat juga pelbagai usaha dari stesen radio awam untuk meningkatkan semula reputasinya menerusi siaran kuiz, masakan, dan pengendalian forum tempatan. Di antara format-format radio yang diwujudkan adalah Country, news/talk/information, adult contemporary, pop and urban contemporary, classic rock dan juga mexican regional. Tidak lama kemudian selepas itu, radio menjadi satu pengaruh yang sangat besar kepada dunia dalam membincangkan isu-isu politik dan ketenteraan, sehinggalah ianya mampu bertahan dan berkembang sehingga ke hari ini.

    ReplyDelete
  11. Bab yang seterusnya iaitu bab lapan pula membincangkan mengenai kesan 3D yang menciptakan filem dua deminsional. Menurut Bryan Moyland (2010) penggunaan teknologi 3D dalam industri perfileman masih tidak sesuai mengikut perkembangan teknologi dan tidak sealiran dengan jalan cerita seperti dalam filem avatar. Hal ini demikian kerana 3D mendatangkan beberapa kesan sampingan kepada pengguna terutamanya sakit kepala dan nausea menerusi pengunaan kaca mata 3D tersebut yang dikatakan tidak sebegitu selesa. Penggunaan teknologi 3D juga di dakwa menyebabkan filem nampak seperti lembut, gelap dan kurang menarik.

    Oleh itu, berbalik kepada perkembangan industri perfileman, sekitar tahun 1891 Thomas Edison telah mencipta kinetoscope, satu alat yang telah membawa kepada perkembangan teknologi moving picture. Pembaikan demi pembaikan dijalankan demi meningkatkan kualiti tayangan gambar menerusi alat tersebut, dan mendapat perhatian dari banyak pihak yang ingin membuat pelaburan ke atas alat tersebut. Kemunculan pembuat filem yang inovatif seperti Nickelodeon telah menyebabkan munculnya banyak syarikat baru yang bersaing untuk menyiarkan hasil karya mereka menerusi fenomena yang dipanggil sebagai the Biz.

    Kemunculan industri perfileman yang lagi besar akhirnya telah membawa kepada kewujudan Hollywood, iaitu industri perfileman yang paling besar di dunia yang bertapak di Amerika Syarikat. Kemunculan Hollywood kemudiannya telah membawa kepada era yang sangat maju dalam dunia perfileman dengan menayangkan pelbagai format dan kategori filem kepada penontonnya. Filem-filem yang dihasilkan oleh hollywood juga mempunyai kualiti yang sangat tinggi, sehinggakan ianya menjadi produksi penghasilan filem yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

    ReplyDelete
  12. Kemudiannya, bab yang kesembilan pula adalah menyentuh mengenai televisyen. Setelah menggantikan radio pada tahun 1950 sebagai media penyampaian dan komunikasi yang terbaik ketika itu, televisyen menjadi semakin terkenal disebabkan oleh ianya lebih menarik dan dapat dilihat menerusi deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat ramai induvidu yang terlibat dalam penciptaan televisyen secara berperingkat. Namun, siaran televisyen yang pertama bermula dicatatkan pada tahun 1928 apabila kommisioner federal radio memberi kebenaran kepada Charles Jengkins membuat liputan dari W3XK, sebuah stesen eksperimen yang akan menyiarkan rancangan kepada televisyen awam hanya dengan jumlah 48 garisan resolusi.

    NBC ataupun National Broadcasting Company menjadi jaringan yang pertama yang memperkenalkan siaran awam televisyen menerusi 400 buah set televisen di seluruh New York, dengan jumlah audiens sebanyak 5000 hingga 8000 orang semasa berlangsungnya upacara pembukaan di new york worlds fair. Harga pertama televisyen di jual pada kadar $200 sehingga $600 dengan jumlah pengeluarannya yang tidak sebegitu banyak. Kebanyakan orang ketika itu tidak mampu untuk memiliki televisyen disebabkan oleh harganya yang tidak selaras dengan kadar gaji bulanan $1,368. NBC bukan sahaja satu, satunya stesen yang bertanggungjawab dalam mengkomersialkan televisyen pada tahun 1930.

    Malah, syarikat seperti CBS atau Columbia Broadcasting System juga telah memulakan penyiaran rancangannya. Pada tahun 1953, NTSC (National Television System Committee) telah menghasilkan sistem pancaran bewarna kepada semua bentuk penghasilan televisyen ketika itu. Kemunculan televisyen bewarna telah menjadi popular dalam tempoh 10 tahun di Amerika Syarikat, menggantikan televisyen hitam putih sehinggalah pada tahun 1972. Ketika itu merupakan zaman keemasan bagi televisyen berwarna apabila pada tahun 1960, sebanyak 60 juta buah televisyen telah berjaya dijual. Kemunculan televisyen ketika itu sangat mempengaruhi dunia sosial manusia di seluruh dunia menerusi siaran hiburan, berita dan drama hampir sepanjang masa.

    Namun, perkembangan teknologi pencitaan televisyen berkembang dengan sangat cepat kerana selepas sahaja kewujudan televisyen berwarna, televisyen digital pula telah mula muncul pada tahun 1987, membawa kepada perkembangan yang baharu dalam dunia elektronik ketika itu. Kemudiannya pada tahun 1998 pula, televisyen berdefinisi tinggi atau HDTV pula telah berjaya dicipta, dengan kadar jualan harga yang sangat mahal iaitu sekitar $5000 sehingga $10000 untuk satu set sahaja. Oleh itu, kemunculan teknologi HDTV telah membawa kepada perkembangan televisyen yang canggih sehingga kini, mencetuskan gelombang besar dalam proses evolusi dan transformasi perkembangan teknologi penghasilan televisyen yang semakin berkualiti, nipis dan mudah untuk dibawa.

    ReplyDelete

Revision Guide AK10303

1) Kedudukan media dalam sistem demokrasi? Contoh? 2) Evolusi media dari Estet Ke-4 ke Estet Ke-5. Contoh? 3) Media itu apa? Contoh? 4) B...