Monday, November 5, 2018

LAPORAN TUGASAN TUTORIAL : SOALAN 3 (20%)

Adakah anda bebas dari segi minda dan jasad?


  • Secara globalnya siapa yang mengawal media? 
    • The Big Six, Huraikan bagaimana?
  • Di Malaysia siapa yang mengawal media?
    • RTM, Media Prima. Huraikan bagaimana?
  • Implikasi pemilikan dan pengawalan ini?
  • Salah siapa? Siapa kita (Jati diri)?

  • Apa tindakan kita?  
    • Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, kita mempunyai hak dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorak dan menentukan acuan yang paling sesuai untuk rakyat dan negara kita. Apa yang sesuai untuk negara lain tidak semestinya sesuai untuk negara kita, Malaysia. Begitu juga dalam prinsip kebebasan bersuara. Dalam isu ini, media adalah satu medium yang mampu memberi kesan besar kepada masyarakat. Justeru, ajaran islam perlu dijadikan dasar panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi mahupun media massa dan amalan etika pengamal serta penggina media di negara kita.
    • Bukan begitu sahaja, pengguna media massa perlu bijak dalam memilih mesej yang memberi manfaat berlandaskan prinsip akhlak mulia. Untuk memastikan media sentiasa bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar, penguat kuasa undang-undang perlu tegas dalam memainkan peranan. Tindakan mewujudkan panel syariah sebagai penasihat badan media juga adalah satu langkah wajar yang perlu diberi perhatian.Dalam hal yang demikian, isu utama yang sering dibangkitkan masyarakat khususnya pengamal media ialah hak menulis dan melapor dengan bebas tanpa sekatan. Benar, kebebasan untuk menulis, memberi pandangan, melapor atau dikenali sebagai "kebebasan media" sangat berkait rapat dengan kebebasan bersuara iaitu salah satu hak asasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
    • Harus ditekankan bahawa kebebasan pengamal media untuk menulis, memberi pandangan, melapor dan menerbit sesuatu perkara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang wajar seperti diperuntukkan secara nyata melalui undang-undang. Oleh kerana pengamal media diberi kuasa unruk "mempengaruhi" orang awam maka sewajarnya digunakan dengan penuh tanggungjawab bagi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, pengamal media yang bertanggungjawab juga harus bersama-sama menilai dan mengkritik dalam usaha menambah nilai yntuk kebaikan, dan bukannya mengkritik untuk meruntuhkan. Mesej yang disampaikan harus mampu mengubah persepsi dan sikap masyarakat terhadap sesuatu perkara.
    • Media yang digerakkan dengan penuh kesedaran sosial mampu membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara, namun media yang dilonjakkan dengan semangat mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kemusnahan akhlak dan pemikiran bangsa akan mengundan pelbagai malapetaka. Sehubungan itu, masyarakat umum selaku pengguna komunikasi media haruslah menjadi pengguna bijak dalam menilai sesuatu mesej yang dilihat, dibaca dan didengar. Usah bertindak melulu dengan menyebarkan sesuatu yang belum pasti kesahihannya. Jadikan informasi berakhlak sebagai salah satu budaya kita.        

13 comments:

  1. ALICE SANDRA BINTI RAHAMAN
    YA2015-1002

    APA TINDAKAN KITA??


    Dalam dunia tanpa sempadan sekarang, masyarakat sentiasa dahagakan maklumat terkini dengan kadar pantas. Jika 50 tahun dahulu, sesuatu berita walau sensasi macam mana sekali pun akan hanya tersebar meluas apabila surat khabar dicetak dan diedar pada keesokan paginya. Kita harus sedar, dunia hari ini memperlihatkan banyak maklumat disebarkan melalui komunikasi media yang bebas dan terbuka, dan jika disalahgunakan, perkara itu akan memberi pelbagai impak terhadap individu, masyarakat dan negara. Oleh itu, bagaimana permasalahan ini dapat ditangani tanpa menimbulkan sebarang kesulitan?

    Di Malaysia, tidak ramai yang peduli tentang definisi media bebas. Yang sering terpampang hanyalah media massa atau biasanya digelar media arus perdana, yang sentiasa dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional sejak Merdeka. Siaran televisyen dan radio Yang dikuasai secara langsung oleh kerajaan BN adalah RTM yang hanya menyiarkan berita dan rancangan tentang kebaikan kerajaan sahaja walaupun ia dibiayai 100% oleh wang cukai serta hasil negara. Yang dikuasai secara tidak langsung, iaitu melalui parti komponen serta kroni melalui syarikat-syarikat swasta adalah Astro dan Media Prima yang di dalamnya termasuklah TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Ini bererti semua stesen TV di Malaysia adalah milik kerajaan BN, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Begitu juga dengan radio pelbagai bahasa yang hampir 100% dikawal secara langsung dan tidak langsung, dan terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh kerajaan BN.

    Dalam konteks Malaysia, komunikasi media diberi kebebasan untuk berperanan dalam lingkungan undang-undang dan akta yang telah ditetapkan. Ini bertujuan mengelak daripada berlakunya sebarang penyebaran maklumat yang boleh memudaratkan keselamatan atau kestabilan Negara. Harus ditekankan bahawa kebebasan pengamal media untuk menulis, memberi pandangan, melapor dan menerbit sesuatu perkara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang wajar seperti diperuntukkan secara nyata melalui undang-undang. Oleh kerana pengamal media diberi kuasa untuk mempengaruhi orang awam maka sewajarnya digunakan dengan penuh tanggungjawab bagi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

    Sebagai sebuah negara berdaulat dan merdeka, kita mempunyai hak dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorak dan menentukan acuan paling sesuai untuk rakyat dan negara kita. Apa yang sesuai untuk sesuatu negara lain tidak semestinya sesuai untuk Malaysia. Begitu juga dalam soal prinsip kebebasan bersuara. Dalam isu ini, media adalah satu medium yang mampu memberi kesan besar kepada masyarakat. Justeru, ajaran Islam perlu dijadikan dasar dan panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi mahupun media massa dan amalan etika pengamal serta pengguna media di negara kita.

    Bukan itu sahaja, pengguna media massa perlu bijak dalam memilih mesej yang memberi manfaat berlandaskan prinsip akhlak mulia. Untuk memastikan media sentiasa bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar, penguat kuasa undang-undang perlu tegas dalam memainkan peranan. Tindakan mewujudkan panel syariah sebagai penasihat badan media juga adalah satu langkah wajar yang perlu diberi perhatian. Mutakhir ini, isu utama yang sering dibangkitkan masyarakat khususnya pengamal media ialah hak menulis dan melapor dengan bebas dan tanpa sekatan. Benar, kebebasan untuk menulis, memberi pandangan, melapor atau dikenali sebagai ‘kebebasan media’ sangat berkait rapat dengan kebebasan bersuara iaitu salah satu hak asasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus ditekankan bahawa kebebasan pengamal media untuk menulis, memberi pandangan, melapor dan menerbit sesuatu perkara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang wajar seperti diperuntukkan secara nyata melalui undang-undang. Oleh kerana pengamal media diberi kuasa unruk "mempengaruhi" orang awam maka sewajarnya digunakan dengan penuh tanggungjawab bagi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, pengamal media yang bertanggungjawab juga harus bersama-sama menilai dan mengkritik dalam usaha menambah nilai yntuk kebaikan, dan bukannya mengkritik untuk meruntuhkan. Mesej yang disampaikan harus mampu mengubah persepsi dan sikap masyarakat terhadap sesuatu perkara.
      Media yang digerakkan dengan penuh kesedaran sosial mampu membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara, namun media yang dilonjakkan dengan semangat mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kemusnahan akhlak dan pemikiran bangsa akan mengundan pelbagai malapetaka. Sehubungan itu, masyarakat umum selaku pengguna komunikasi media haruslah menjadi pengguna bijak dalam menilai sesuatu mesej yang dilihat, dibaca dan didengar. Usah bertindak melulu dengan menyebarkan sesuatu yang belum pasti kesahihannya. Jadikan informasi berakhlak sebagai salah satu budaya kita.

      Delete
  2. SALAH SIAPA? SIAPA KITA(JATI DIRI)?

    Media komunikasi secara amnya boleh diklasifikasikan sebagai alat, bahan atau produk yang mengandungi mesej maklumat atau ilmu pengetahuan yang dikeluarkan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan berkomunikasi (Musa Abu Hassan, 1996). Dewasa ini sejajar dengan perkembangan teknologi penerbitan, media yang mendominasi arus perkembangan komunikasi negara boleh dibahagikan kepada dua jenis sumber iaitu media cetak dan media elektronik. Umum tahu bahawa kepemilikan media adalah lebih bersifat kepada kepemilikan sendiri atau kapitalisme yang mana menampilkan inidividu yang berkuasa dan mempunyai kepentingan yang mengawal media masa kini. Dengan mempunyai priority terhadap kepemilikan media menjadikan sesuatu organisasi menjadi satu kuasa hegemoni yang mampu menggunakan kuasa hatta dalam bidang yang salah sekalipun.
    Tidak dapat disangkal bahawa jika mempunyai kawalan atau akses kepada media, sebuah organisasi amat berkuasa dan mempunyai platform yang amat berguna sekali kerana segala visi dan output adalah bergantung kepada kepentingan dan keperluan sesebuah organisasi itu. Dari sudut Sains Minda, media mempunyai peranan dan pengaruh yang sangat besar dalam menyampaikan maklumat dan pengetahuan kepada seseorang individu. Media terutamanya media cetak dan visual adalah dua media yang mempunyai pengaruh atau daya hipnosis yang besar kepada seluruh penduduk dunia atau penggunanya. Media juga adalah saluran yang menjadi alat yang paling utama oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika untuk menyampaikan mesej dan medium untuk menterjemahkan kepercayaan atau maklumat untuk mempengaruhi pengguna media tersebut. Sehubungan dengan itu, isu kepemilikan sememangnya tidak dapat disangkal apabila sesebuah kuasa hegemonilah yang berkuasa sepenuhnya terhadap kepemilikan media. Penafian hak mereka dalam mengerakkan media adalah tidak wajar sama sekali apabila segala output adalah bergantung kepada mereka semata-mata.
    Sebagaimana yang diketahui, media massa merupakan penyebar saluran maklumat yang utama di Malaysia. Kepentingannya sebagai saluran maklumat yang unggul terbukti dengan wujudnya ‘teknologi maklumat’. Internet digunakan dengan meluas kerana kebolehannya memberikan maklumat yang cepat dan padat walaupun maklumat itu belum lagi dipastikan kesahihannya. Selain itu, maklumat juga dapat diperolehi melalui cabang-cabang media massa yang lain seperti televisyen, radio, akhbar, majalah dan sebagainya. Bertitik tolak dari situlah, media massa mampu meningkatkan taraf sosial seseorang individu melelui penerimaan maklumat terkini dan penggunaan peralatan moden dan terkini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari semenjak dahulu media perdana seperti akhbar, radio, filem dan televisyen adalah sumber utama bagi orang ramai mendapatkan maklumat dan berita yang berlaku di sekeliling mereka. Apa saja berita dan maklumat yang disiarkan melalui media perdana ini dianggap oleh orang ramai sebagai berita yang benar lagi sahih. Kerana mungkin hampir semua berita yang disiarkan itu dari segi faktanya adalah benar maka orang ramai sehingga kini tidaklah pernah meragukan kesahihan sesuatu berita yang disiarkan oleh media perdana itu. Sehinggalah tertanam dalam fikiran orang ramai semua maklumat dan berita yang dihidangkan kepada mereka itu adalah suatu yang boleh dipercayai, betul dan boleh diterima pakai. Oleh kerana mereka telah menganggap media perdana sentiasa betul maka tidak hairanlah nilai-nilai dari filem-filem yang disajikan kepada mereka akan juga dianggap betul dan diterima dalam kehidupan mereka, walaupun kadang-kadang bertentangan dengan nilai agama mereka.
      Satu nilai yang salah dari segi agama tetapi telah dianggap oleh masyarakat sebagai suatu yang tidak salah disebabkan oleh asuhan media perdana ini ialah sepasang kekasih teruna dan dara jalan berkepit atau berpegangan tangan. Adegan pasangan kekasih berpimpin tangan, berdua-duaan atau kawan lelaki bermesra dengan kawan wanita adalah perkara biasa dan lumrah di dalam filem dan drama keluaran tempatan. Walaupun media perdana tidak pernah secara terang untuk menggalakkan orang untuk berzina tetapi merekatelah berjaya menyerapkan budaya atau perbuatan yang mendekatkan orang ramai kepada zina. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan adalah satu budaya yang telah boleh diterima masyarakat kita. Inilah hasil budaya yang telah diterapkan melalui media siaran perdana.

      Delete
  3. IMPLIKASI PEMILKAN DAN PENGAWALAN INI

    Media adalah antara elemen penting dalam mencorakkan kehidupan dan membentuk masyarakat. Media membabitkan peralatan dan bahan yang dibina, dirancang dan dilaksanakan untuk menyampaikan maklumat atau apa saja yang diingini oleh pemiliknya. Pada awal kemunculan media, ia tertumpu kepada media cetak yang iaitu penghasilan surat khabar, majalah dan sebagainya. Melalui pencetakan surat khabar dan majalah tersebut, ia dapatmenyebarkan maklumat atau berita yang berlaku tersebut. Ia kemudiannya telah berpindah kepada media yang lebih canggih iaitu media eletronik dan kini sudah menjangkau ke tahap yang lebih tinggi iaitu media baharu.

    Salah satu pendekatan untuk memahami sistem media di sesebuah negara adalah dengan meneliti pola atau proses pemilikan, kawalan dan peranan yang diberikan kepada media itu. Dengan memahami pola pemilikan, ia membantu memahami struktur dan kandungan media kerana kandungan media selalunya melambangkan kepentingan golongan yang membiayainya. Dengan kata lain, terdapat unsur kawalan di situ oleh mereka yang memilikinya. Kawalan media tersebut merupakan proses membuang atau menghadkan kandungan atau pengedaran sebarang alat komunikasi tersebut. Melalui pengawalan dan pemilikan tersebut, masyarakat terpaksa bergantung dengan apa yang dipertontonkan, dimana setiap apa yang disiarkan telah dikawal oleh pemilik media tersebut.

    Pakar komunikasi menganggap kuasa yang ada pada media dalam konteks ini sebagai strategik. Ia strategik dalam konteks ia boleh berfungsi sebagai wadah untuk mengukuh dan mengekalkan kuasa politik. Media tempatan juga digunakan untuk mengekang pengaruh media massa sejagat. Malah ada kerajaan yang bimbang dengan kehadiran media massa sejagat di negara mereka. Media sejagat mempunyai kuasa yang amat kuat sebagai alat penyampai maklumat utama. Dengan hal yang demikian, pemilik media tersebut mempunyai kuasa dalam pengawalan intipati media yang akan disiarkan contohnya Media Perdana yang dimiliki oleh kerajaan, ia menjadi saluran utama dalam menyampaikan maklumat yang berkaitan dengan kepentingan kerajaan tersebut. Dalam masa yang sama, media tersebut juga berpotensi dalam menghapuskan pandangan yang salah atau stereotaip disamping mengendurkan ketegangan serta menepis segala fitnah atau tomahan.

    ReplyDelete

  4. Pemilikan media tersebut juga boleh menyusun strategi untuk menggunakan media mereka mengikut agenda tersendiri. Seperti di negara ini, menerusi pendekatan ekonomi politik, ia dapat dilihat bahawa kebanyakan parti politik memiliki media menerusi institusi ekonomi mereka. Seperti contoh parti sebelum ini iaitu Umno, menerusi Kumpulan Media Prima yang memiliki media cetak dan elektronik selain memperkenalkan media atas talian.
    Begitu juga, parti pembangkang yang turut memiliki media mereka. Walapun akhbar parti tetapi mereka turut menjualnya kepada awam secara terbuka.  Akhbar parti itu seperti Harakah dan Roket sudah memasuki liga ‘akhbar perdana’ kerana jumlah jualannya tidak jauh bezanya dengan akhbar perdana.

    Pemilikan media ini adalah tahap pertama dalam penyebaran maklumat perjuangan parti. Namun yang paling penting ialah keberkesanan penggunaannya daripada parti kepada rakyat atau kumpulan sasar iaitu pengundi yang menentukan kemenangan calon mereka pada pilihan raya umum nanti.
    Jika media berjaya digunakan untuk membentuk pandangan umum menyokong mereka, maka tidaklah sukar untuk mendapatkan undi ketika pilihan raya. Kejayaan dalam penggunaan media baharu pasti berjaya menawan hati pengundi dari kalangan Gen Y.
    Dalam pilihan raya lalu, parti kerajaan sendiri mengakui parti pembangkang berjaya menggunakan media baharu untuk menyebarkan pelbagai maklumat yang membentuk pandangan atau persepsi umum sehingga mereka mendapat lebih 50 peratus undi popular.
    Terpulanglah kepada parti kerajaan untuk memperhebatkan penggunaan media baharu dan tidak hanya bergantung kepada media konvensional, jika mereka mahu mengubah peratus populariti dan seterusnya membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14.
    Dalam peperangan minda ini, mereka yang berjaya mempengaruhi pandangan umum akan muncul sebagai pemenang.

    ReplyDelete
  5. NURSIAH ROBERT
    YA2015-1011

    Di Malaysia, siapa mengawal media? RTM, Media Prima? Huraikan bagaimana?

    Secara amnya, Malaysia telah menubuhkan satu pertubuhan Majlis Media Malaysia iaitu sebuah majlis media yang meliputi seluruh media di negara ini, iaitu terdiri daripada media cetak, media eletronik iaitu penyiaran serta media berasaskan internet. Majlis ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan akhbar atau media, yang mana ia turut merangkumi dalam penjagaan kepentingan negara, dengan memastikan kebebasan akhbar atau media dipertahankan, serta memastikan liputan bersifat objektif serta tidak bias. Dalam hal yang demikian, pertubuhan tersebut juga di bertujuan untuk menjaga saluran media dengan orang ramai sentiasa terbuka dengan bersedia menerima aduan orang ramai berhubung tentang tindakan media serta memantau dari masa ke semasa undang-undang serta akta yang berkaitan dengan media tersebut. Ia juga berfungsi sebagai badan rujukan berhubung dengan perkara yang berkaitan akhbar, media serta kewartawanan. Walau bagaimanapun, terdapat persoalan-persoalan siapakah yang mengawal media di negara kita, Malaysia? Jika media di Malaysia telah dikawal oleh Media Prima, bagaimanakah ia mengawalnya?
    Media Prima merupakan syarikat dan sebuah kumpulan pelaburan media bersepadu yang tersohor di Malaysia. Hampir 100% kepentingan ekuiti dalam TV3, 8TV, ntv7 dan TV9 telah dimilki oleh Media Prima, 98% kepentingan ekuiti dalam The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad iaitu salah sebuah kumpulan penerbitan terbesar di Malaysia yang telah menerbitkan akhbar-khbar terkemuka seperti Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times serta memiliki tiga buah stesen radio iaitu Hot FM, Fly FM, One FM, dan Kool FM di bawah rangkaian radio Media Prima. Penyatuan empat saluran TV di bawah satu bumbung itu dilihat mampu melebarkan lagi pengaruh Media Prima Berhad dalam dunia penyiaran tempatan melalui misinya iaitu bersatu untuk bersaing dalam dunia penyiaran tempatan.
    Media Prima telah bertindak melebarkan sayapnya dengan menjadi peneraju kepentingan lain berasaskan media dalam bidang penerbitan karya iaitu pengurusan acara dan bakat. Kedudukan kumpulan ini juga telah diakui di peringkat antarabangsa apabila telah melibatkan diri dalam bidang pengiklanan luar melalui Big Tree Outdoor Sdn Bhd, UPD Sdn Bhd, The Right Channel Sdn Bhd dan Kurnia Outdoor Sdn Bhd.
    Melalui keempat-empat saluran TV tersebut, ia telah diterajui oleh empat orang yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju dan sasaran penonton yang berbeza. Setiap stesen TV Media Prima itu juga dilihat tetap bersaing antara satu sama lain dalam usaha mencapai matlamat perniagaan Media Prima tersebut.
    Di Malaysia, rancangan-rancangan yang disalurkan melalui Media Prima sangatlah berguna dan bermanfaat khususnya kepada masyarakat pelbagai golongan lapisan. Dengan initpati-intipati yang ditayangkan yang mempunyai pelbagai informasi, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Media Prima merupakan satu landaan di mana masyarakat mampu melihat apa yang berlaku di sekeliling kita. Selain itu, ianya sangat mudah dan pantas walaupun terdapat sedikit keterbatasan maklumat akan tetapi ianya sudah memadahi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TV3 menjadi stesen swasta pertama di negara ini yang berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai peneraju utama industri penyiaran televisyen. Ia berjaya mendekati lebih 20 juta penonton sebulan dengan menyajikan pelbagai program yang bukan sahaja menarik tetapi, lebih penting, dekat dengan jiwa setiap rakyat Malaysia. Ia juga mementingkan penyiaran program yang berkualiti lagi berinovasi, kebanyakan rancangannya meliputi drama, hiburan dan dokumentari yang berjaya menawan hati rakyat. Dengan 65 peratus siaran terdiri daripada rancangan tempatan dan 35 peratus merupakan program luar negara, ia juga mendapat tempat di hati golongan bukan Melayu khususnya menerusi program berita seperti Buletin Utama dan program berbentuk majalah. Berdiri megah sebagai sebuah organisasi media elektronik yang terunggul, walaubagaimanapun TV3 tidak mahu mendabik dada mendakwa stesen itu yang terbaik pada mata khalayak. Menyedari fungsi media elektronik yang turut menyumbang sebagai salah satu sumber hiburan kepada masyarakat, stesen itu dilihat telah memperluaskan tanggungjawab sosialnya. Penubuhan program rancangan Bersamamu telah menarik ramai masyarakat dalam bersama-sama menghayati program tersebut.
      Selain daripada itu, Saluran Ntv7 yang juga dibawah pemilikan Media Prima telah diposisikan semula sebagai sebuah stesen yang menyediakan satu escapism kepada pengemarnya. Ia bersesuaian dengan sasaran penonton stesen ini iaitu golongan urban matang yang sentiasa mahukan program yang lebih ringan dan menghiburkan. Kebanyakan isi kandungan rancangannya kini penuh dengan sumber pengetahuan dan interaksi, kompak dan ringkas. Ia juga menumpukan kepada penonton berusia 25 tahun ke atas, pembaharuan ini nyata meningkatkan kadar jumlah penontonnya yang sebelum ini agak mendatar. Dalam usaha meningkatkan minat khalayak kepada stesen itu, pihaknya kini berusaha memantapkan lagi program-program yang disiarkan. Stesen ntv7 juga menyediakan beberapa rancangan baru termasuk program Wakenabeb dan Thursday Nite Live yang mendapat sambutan hangat daripada penonton. Ia juga sesuai dengan khalayak ramai, dimana program-program yang disiarkan mampu mencabar minda. Selain berhibur, Ntv7 juga menyediakan program-program yang berasaskan pengetahuan sesuai dengan citarasa dan kehendak para audien.
      Secara kesimpulannya, Media Prima merupakan satu kuasa media yang utama di Malaysia. Pelbagai program yang disalurkan juga mendapat sambutan yang memberangsangkan oleh masyarakat Malaysia. Dalam masa yang sama juga, Media Prima juga telah memberi impak kepada perkembangan sosial yang berlaku oleh masyarakat Malaysia samaada dari segi impak positif ataupun negative. Walaubagaimanapun, masyarakat juga banyak bergantung dengan Media Prima, dimana mereka juga ternanti-nanti akan rancangan yang digemari tersebut.

      Delete
  6. NUR KHAIRIAH KAHAR
    YA2015-1009

    SOALAN 1: SECARA GLOBALNYA SIAPA YANG MENGAWAL MEDIA?

    Dunia hari ini bergerak terlalu pantas. Apa yang berlaku di Amerika akan diketahui dalam masa yang singkat di Malaysia. Tidak perlu menunggu esok pagi yang singkat di Malaysia. Tidak perlu menunggu esok pagi ke kedai membeli surat khabar. Berita semalam sudah tidak relevan hari ini. Maklumat cepat tersebar dan diketahui umum. Dalam ledakan teknologi komuniksi maklumat hari ini, maklumat atau berita mudah tersebar, di salah fahami, di tokok tambah, di cipta dan di manipulasi oleh pihak-pihak yang mempunyai matlamat tertentu. Fitnah, khabar angin atau berita palsu in mudah hidup dan mudah dipercayai benar.

    Media merupakan institusi besar yang memainkan peranan penting dalam pembangunan sesuatu bangsa dan negara. Oleh itu, mereka yang menguasai media memiliki kuasa begitu besar dan dengan matlamat yang besar sama ada membangun budaya rakyat ataupun menguasainya. Pilihan raya yang berlaku misalnya sudah cukup menunjukkan betapa oengaruh media boleh menjadi penentu kepada golongan atas pagar dan golongan muda untuk membuat keputusan. Media memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat dalam pembangunan suatu bangsa dan negara dalam proses pembangunan ini, harus terdapat kekuatan yang besar. Mereka yang menguasai media memiliki kuasa yang begitu besar. Tujuan besar itu membangun budaya rakyat ataupun menguasainya.

    Seperti yang terjadi hari ini, bagaimana media-media Barat menggambarkan Islam melalui Osama Ben Laden dan Al-Qaeda. Dikatakan di Afghanistan, nama Al-Qaeda tidak begitu dikenali seolah-olah Al-Qaeda hanya entiti ciptaan CIA. Sesetengah orang berpendapat Osama itu hanya watak ciptaan berlebihan zionis dan Amerika Syarikat untuk memburukkan Islam. Maklumat yang kita perolehi tentang Osama semuanya melalui Media Barat. Bagaimana media Barat melogikkan Osama dengan serangan ke atas WTC pada 11 September, semuanya menimbulkan pertanyaan tidak terjawab. Apa yang kita faham mengenai Osama adalah dari kaca mata Barat. Kerana itu, siapa yang mempercayai sumber internet, maka internetlah yang akan menguasai mereka. Media-media yang dikuasai Barat pada hari ini menyebabkan maklumat yang disebarkan adalah mengikut persepsi dan propaganda yang diinginkan mereka. Maklumat dimanipulasi untuk menjaga kepentingan mereka.

    Antonio Gramsci, mengembangkan pengertian hegemoni meliputi hubungan sosial termasuk hubungan komunikasi dan media. Konsep hegemoni tidak hanya menjelaskan dominasi politik lewat kekuatan akan tetapi melalui kepimpinan intelektual dan moral. Menurut Gramsci, dominasi kekuasaan diperjuangkan bukan sahaja menggunakan kekuatan senjata tetapi juga melalui penerimaan awam. Ini
    Juga dikenali sebagai soft power, penerimaan idea ataupun dasar kelas penguasa oleh masyarakat luas yang dizahirkan apa yang disebutkan sebagai pandangan awam. Ini yang dilakukan melalui propaganda setiap hari oleh media milik penguasa yang mengumandangkan segala idea ataupun dasar yang menjadi tunggak utama kepada wawasan seorang pemimpin politik yang hendak menerajui negara sehingga ia diterima sebagai sesuatu pandangan Dalam hal ini makna dan nilai-nilai dominan yang dihasilkan melalui media begitu menentukan dalam nilai pembentukan sosial ataupun proses sosialisasi ini.

    Sebuah agenda itu menyusup dan menanamkan pengaruhnya melalui wahana media secara tersembunyi iaitu tidak sedar dan secara halus. Ia dapat merubah pandangan setiap orang secara tidak sedar. Hal ini demikian kerana media yang wujud pada hari ini dikawal dan dikendalikan dengan berbagai kepentingan dan pengaruh parti politik dan parti pemerintah dengan agenda tersurat dan tersirat.


















    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. NUR KHAIRIAH KAHAR
    YA2015-1009

    SOALAN 2: THE BIG SIX. HURAIKAN BAGAIMANA?


    Menjelang tahun 1983. 50 syarikat terbesar dunia telah menguasai 90 peratus daripada media. 6 syarikat utama atau The Big Six telah menguasai hampir 90 peratus daripada apa yang kita lihat, dengar dan baca. Pada tahun 2010, jumlah pendapatan enam syarikat itu mencecah kepada $ 275 billion ringgit. Dalam artikel yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, membincangkan tentang pemilikan media yang wujud pada masa sekarang. Diakui bahawa media memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk kesedaran awam dan mampu untuk menentukan hasil politik.

    Keadaan media semasa merupakan ancaman serius ke atas demokrasi kita. Seperti yang ditulis oleh AJ Liebing pada tahun 1960, beliau menyatakan bahawa kebebasan akhbar hanya terletak kepada sesiapa yang memiliki kuasa. Pengambilalihan beberapa syarikat ini ke atas media ini akan menentukan maklumat yang dikongsi di seluruh dunia. Ben Bagdikian, seorang wartawan yang pernah memenangi Hadiah Pulitzer, dan juga pengarang The New Media Monopoly, menggambarkan The Big Six sebagai "kartel" yang mempunyai pengaruh yang cukup untuk mengubah landskap politik Amerika Syarikat dan menentukan nilai-nilai sosial sejagat.

    The Big 6 merupakan syarikat terbesar yang mengawal media di luar negara. The Big 6, ini terdiri daripada Time Warner, Walt Disney, Viacom, Rupert Mudoch’s News Corp, CBS Corporation dan NBC Universal. Syarikat ini menguasai berita dan hiburan yang kerap terpampang di media massa. Syarikat ini sememangnya berkuasa dalam mengawal media di mana ia menjadi satu sumber informasi dalam kehidupan masyarakat sejagat. Sebagai contoh, Walt Disney menerbitkan saluran rancangan berunsurkan kartun. Melalui penerbitan rancangan tersebut, kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadikan watak yang dimainkan dalam rancangan tersebut sebagai idola dan sumber inspirasi. Keadaan ini sekiranya berterusan berlaku maka, akan menjadikan kanak-kanak terus berada dalam fantasi berbanding bergerak aktif dan mempunyai daya fikir yang tinggi kerana lebih seronok untuk menonton rancangan yang lebih bersifat virtual dan tidak nyata.

    Kewujudan syarikat-syarikat ini sememangnya bertujuan utama untuk mempunyai kepentingan dalam menyampaikan ideologi mereka dan mengaut keuntungan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NUR KHAIRIAH KAHAR
      YA2015-1009

      Media-media elektronik dunia hari ini kebanyakannya dikuasai oleh gergasi korporat Yahudi beraliran zionis. Persoalan mengapa mereka mahu menguasai media-media elektronik yang ada pada hari ini adalah kerana mereka ingin menakluki dunia. Dengan menguasai teknologi sumber maklumat, mereka boleh menyebarkan propaganda dan membentuk persepsi yang mereka mahukan ke atas sesuatu peristiwa, tokoh negara dan sebagainya. Mereka boleh mengeksploitasi sepenuhnya sesuatu berita itu untuk kepentingan mereka.

      Editor Majalah Fountain, Hakan Yesilova menjelaskan demokrasi sekarang telah kehilangan nilainya dan media lebih memaparkan isu stereotaip seperti kebejatan moral dengan sensasinya. Beliau berharap terdapat keseimbangan dalam mencari keuntungan dan tanggungjawab sosial mengutarakan sesuatu isu tanpa terlalu memikirkan keuntungan semata-mata. Sebagai contohnya, negara maju seperti Amerika Syarikat yang menjadi pusat pemerintahan dan kiblat dunia moden juga dikuasai secara belakang tabir oleh sekumpulan manusia yang sangat kaya raya. Merekalah yang memainkan peranan penting dalam menggerakkan jentera kempen politik, memberikan dana kewangan, publisiti media dan pelbagai sokongan lain lagi. Mereka adalah pelabur dan kapitalis besar yang akan segera meraih keuntungan jika pihak yang bersekongkol menerima bantuan mereka menguasai pentadbiran sebuah kerajaan. Hal ini demikian dapat digerakkan dengan penguasaan media yang menyeluruh. Sesiapa yang menguasai media akan menakluki maklumat dan sekiranya maklumat dapat dikuasai maka ianya akan memberikan kekuasaan. Pernyataan ini benar, tetapi apa yang kita fahami frasa “menguasai maklumat adalah dengan mengetahui maklumat”, walhal yang sebenarnya ialah penguasaan maklumat secara holistik adalah tujuan sebahagian daripada gergasi korporat bagi memerintah dunia ini mengikut ideologi yang mereka mahukan. Semuanya bermula dengan penguasaan media.

      Terdapat banyak cara di mana media boleh membelakangkan undang-undang tanpa melanggarnya seperti ketidaktepatan fakta, manipulasi, sensasi memilih bulu, diskriminasi dan pengaburan fakta. Dalam hal ini, media sering menggunakan pelbagai alasan termasuklah hak dalam demokrasi, kebebasan bersuara dan hak individu untuk membolehkan mereka melaksanakan beraneka rancangan dan program yang akhirnya dapat merosakkan budaya. Kepentingan-kepentingan ekonomi dan kekuasaan politik akan menentukan apakah maklumat yang disampaikan oleh sebuah media mengandungi kebenaran atau kebenaran palsu pseudo-truth dan menyampaikan objektiviti atau subjektiviti bersifat berkecuali atau berpihak, menggambarkan fakta atau menggelincirkan fakta, menggambarkan realiti atau mensimulasikan realiti simulacrum

      Delete
  9. NUR KHAIRIAH KAHAR
    YA2015-1009

    Sekiranya diperhalusi secara mendalam, sekiranya memiliki wang yang banyak sekalipun, kita tidak akan dapat membeli sebuah bank atau aktiviti perniagaan tertentu misalnya kerana ia tertakluk di bawah undang-undang atau akta sesebuah negara itu. Itulah yang perlu dirombak dan untuk mengubah perkara ini gergasi-gergasi kapitalis akan berusaha membeli ahli politik penggubal dasar negara dan menjadikan media sebagai saluran untuk meraih sokongan.

    Perkara ini dapat dilihat secara dekat melalui analogi seperti ini, iaitu sekumpulan gergasi korporat yang telah menguasai pentadbiran Amerika Syarikat yang merupakan barisan yang mengetuai negara-negara kuasa besar dunia. Dengan pengaruh kewangan, ketenteraan, media dan sebagainya, mereka mahu meluaskan kekuasaan ekonomi mereka ke seluruh dunia. Negara-negara yang ditadbir diktator yang menutup dasar tutup pintu dan tidak mesra perniagaan dengan mereka, mereka akan menggalakkan revolusi dengan membekalkan senjata api dan bom kepada para pemberontak untuk menumbangkan kerajaan sedia ada seperti Libya, Mesir atau Tunisia. Negara yang menutup pintu seperti Afghanistan akan dibom dan mereka akan mencipta pelbagai alasan melalui media mereka untuk menutup kekejaman mereka itu di mata masyarakat dunia. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada negara tersebut selepas dijatuhkan. Gergasi-gergasi korporat telah berlumba-lumba memasuki negara tersebut. Pawagam, rumah pelacuran, butik pakaian moden dan syarikat gergasi seperti coca-cola mula didirikan.

    The Big Six, juga sekiranya dilihat mula menguasai media-media yang ada pada hari ini. Tidak mustahil sekiranya pada masa akan datang keadaan ini akan berlaku di mana mereka akan memanipulasi keadaan sebenar melalui media mereka untuk menutup sebarang aktiviti yang membawa kerosakan yang dilakukan di mata masyarakat dunia.

    ReplyDelete

Revision Guide AK10303

1) Kedudukan media dalam sistem demokrasi? Contoh? 2) Evolusi media dari Estet Ke-4 ke Estet Ke-5. Contoh? 3) Media itu apa? Contoh? 4) B...