Monday, December 24, 2018

Revision Guide AK10303

1) Kedudukan media dalam sistem demokrasi? Contoh?
2) Evolusi media dari Estet Ke-4 ke Estet Ke-5. Contoh?
3) Media itu apa? Contoh?
4) Benarkah media mengubah budaya/masyarakat? Adakah budaya/masyarakat membentuk media? contoh?
5) Media sebagai kuasa imperialis yang lebih hebat. Definisi dan contoh?
6) Apa boleh jadi jika pengusaha media bergabung? Contoh?

Understanding Media and Culture


BAB 10:- ELECTRONIC GAMES AND ENTERTAINMENT

Transisi zaman yang begitu pesat membangun, menyebabkan berlakunya ledakan teknologi dunia tanpa sempadan yang dilihat mula menguasai sebahagian daripada aspek kehidupan manusia. Menjelang tahun 1970, pertumbuhan serta pembangunan permainan video dan komputer mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada ketika itu. Permainan video tersebut mula berevolusi  dan membolehkan komunikasi berlaku dalam kalangan pemain permainan video melalui sistem yang telah ditambah baik oleh pengasas permainan ini. Komunikasi yang berlaku ini membolehkan interaksi wujud dalam kalangan pemain secara maya. Antara contoh permainan video yang popular pada awal kemunculannya seperti Pac-Man, Nintendo, The Legend Of Zenda dan Final Fantasy.
Kewujudan video game ini juga telah ditambah baik saban waktu bagi menarik orang ramai terutama golongan muda untuk bermain dalam permainan video yang dicipta. Permainan video yang kian popular ini seiring dengan perkembangan dalam teknologi komunikasi dan teknologi maklumat. Selain itu, permainan video ini juga dicipta dengan pelbagai aspek yang adakalanya berkait dengan budaya dan sebagainya. Lagu-lagu juga dapat cipta melalui aplikasi yang tersedia dalam permainan video. Di samping itu, sosial media seperti Facebook juga menawarkan permainan video secara atas talian yang boleh diakses secara percuma. Kemudahan ini menyebabkan peningkatan penggunaan aplikasi sosial media ini dalam kalangan pengguna yang wujud pada hari ini.
Menjelang tahun 1950 an, simulasi Tic-Tac-Toe telah dibangunkan di EDSAC di salah sebuah stor penyimpanan maklumat komputer. Menjelang tahun 1970, merupakan kemuncak kepada perkembangan permainan video ini. Permainan video ini telah dikembangkan di Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang disebarkan di kolej dan kampus. Dan di awal tahun 1970an, hanya sebahagian orang yang mampu memiliki komputer. Komputer hanya digunakan di universiti, bisnes, dan juga kegunaan kerajaan. Penghujung tahun 1970an, merupakan titik permulaan kepada usahasama di antara negara untuk membangunkan permainan video ini seperti Jepun dan Amerika. Dalam tahun 1968, Ralph Baer telah mengembangkan permainan video (console) yang dinamakan Apparatuso. Kini permainan berkomputer lebih realistik dan mengasyikkan dengan aplikasi teknologi baru seperti simulasi, kecerdasan buatan dan realiti maya seperti Conflict Zone, Doom dan Unreal.


          Impak permainan video sememangnya diakui  dalam membawa perubahan kepada transisi perubahan terutamanya dalam bidang pendidikan. Perkaitan permainan video dalam bidang pendidikan juga semakin diakui kerana mengubah sedikit sebanyak landskap pendidikan sedia ada. Hal ini demikian kerana melalui aplikasi permainan video Brain Age dapat melatih otak untuk mengingat seberapa fakta yang ada. Kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa ciri permainan video yang dapat membantu dalam pembelajaran. Menurut Overmas (2005), permainan video yang efektif dan berkesan adalah permainan yang mempunyai peraturan yang lengkap dan adil, memerlukan pemikiran logik dan sedikit pengiraan. Tuzun (2007) dalam kajiannya turut mengaitkan dengan ciri yang menyeronokkan.
          Dalam kajian Grice dan Strianese (2000) pula, terdapat beberapa ciri penting dalam suasana pembelajaran melalui permainan, antaranya ialah menyediakan interaksi dan tindakbalas yang tinggi, mempunyai matlamat yang khusus dan prosedur yang bagus, mempunyai motivasi, menyediakan alatan yang sesuai serta menyediakan suatu suasana yang tidak membosankan. Banyak kajian lepas juga menunjukkan bermain permainan video memberi faedah untuk meningkatkan kemahiran kognitif dan motor (Kloffer, 2005). Kajian ini juga turut melihat nilai-nilai dari aspek psikologi pelajar seperti pelajar lebih bertindak balas dan lebih bermotivasi. Contoh permainan bercorak pendidikan yang digunakan dalam bilik darjah dewasa ini ialah SimCity, Railroad Tycoon dan Civilization III. Guitar Hero dan Rock Band juga mampu menguji daya fokus pemain untuk mengingat bunyi yang dimainkan.
Walaupun diakui permainan video banyak menghabiskan masa namun juga diakui bahawa permainan video dapat mewujudkan fokus dan daya fikir pemain. Perkembangan permainan video yang saban waktu telah ditambah baik ini memperlihatkan evolusi yang berterusan untuk menambah baik sistem permainan video yang wujud yang mana seimbang dari segi memberikan hiburan, mengurangkan stress dan juga meningkatkan kebolehupayaan daya fikir. Perkembangan permainan video ini juga telah mengubah budaya tradisional dari segi permainan yang dimainkan secara nyata ke keadaan virtual sahaja. Kewujudan XBOX yang mampu memaparkan imej 3-D yang dicipta seiring dengan perkembangan teknologi juga menjadi bukti kepada evolusi daya kreatif yang dilakukan oleh penciptanya bagi memberi nilai tambah baik kepada permainan video sedia ada.


BAB 11:- THE INTERNET AND SOCIAL MEDIA

Jaringan internet tanpa sempadan dan kewujudan aplikasi media sosial telah menyebabkan  komunikasi antara manusia semakin mudah dan pantas. Sekiranya dilihat serba sedikit mengenai sejarah internet, internet berasal dari Interconnected Network. Pada tahun 1962, internet telah dicipta buat pertama kali oleh J.C.R Licklider dan MIT Massachussetts Institute of Technology. Manakala pada tahun 1969 Department Pertahanan Amerika Syarikat telah menciptakan ARPANET untuk merancang bentuk jaringan dan rangkaian informasi yang dapat dipindahkan dan akhirnya semua standard yang telah mereka tentukan akan menjadi pemangkin pembangunan protocol baru yang sekarang dikenal pasti sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol).
Pada awalnya, ARPANET dicipta untuk keperluan ketenteraan. Namun kerana perkembangannya yang pesat, ARPANET dipecah menjadi 2, MILNET yang digunakan oleh pihak ketenteraan dan ARPANET untuk keperluan non-militer. Kedua jaringan tersebut digabung dan dikenal pasti dengan nama DARPANET. Selain itu, pada tahun 1957, Union Soviet (Russia) melancarkan satellite luar angkasa, Sputnik. Manakala Amerika Syarikat telah menubuhkan Advanced Research Projects Agency (ARPA) yang bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan teknologi negara tersebut. Salah satu yang menjadi fokusnya ialah perkembangan teknologi komputer. Setelah itu, menjelang tahun 1960-an, ARPA mengembangkan ARPANET untuk mempromosikan “Cooperative Networking of Time-sharing computers”, dengan hanya empat buah host komputer iaitu Stanford Research Institute, Universiti of California, Los Angeles,  Santa Barbara dan Universiti of Utah.
Seterusnya menjelang tahun 1965, istilah “Hypertext” mula muncul. Pada tahun 1968, jaringan Tymnet pula telah dibuat. Anggota jaringan ARPANET bertambah menjadi 23 buah komputer dan menjadi milik pemerintah Amerika Syarikat dan Universiti. Manakala pada tahun 1972 pula, sebuah kelompok kerja yang dikenali sebagai International Network Working Group (INWG) dibuat untuk meningkatkan teknologi jaringan komputer dan juga membuat standard-standard untuk jaringan komputer, termasuklah internet.
Di samping itu, menjelang tahun 1978, Protokol TCP menjadi dua bahagian, iaitu Transmission Control Protocol dan Internet Protocol (TCP/IP). Setelah itu, pada tahun 1979, kumpulan penyelidik membuat mesyuarat USENET yang pertama iaitu Tom Truscott, Jim Ellis dan Steve Bellovin, alumni dari Duke University dan University of North Carolina, Amerika Syarikat. Setelah itu, penggunaan Usenet semakin meningkat secara drastik. Setelah itu, menjelang tahun 1980-an, rangkaian BITNET (Because Its Time Network) dimulai dengan menyediakan e-mail, mailing List dan juga File Transfer Protocol (FTP). CSNET (Computer Science Network) pun dibangun pada tahun ini oleh para ilmuan dan pakar pada bidang ilmu komputer dari Purdue University, University of Washington, RAND corporation dan BBN dengan sokongan dari National Science Foundation NSF. Jaringan ini menyediakan layanan e-mail dan beberapa layanan lainnya kepada para ilmuan tersebut tanpa mengakses ARPANET.
Pada tahun 1982, istilah “internet” digunakan buat kali pertama dan TCP/ IP diambil sebagai protocol universal untuk jaringan tersebut. Nama server mula dikembangkan sehingga membolehkan para pelayar internet atau pengguna berhubung kepada sebuah host. Pada tahun 1986 pula, nama domain diperkenalkan yang juga dikenali sebagai DNS atau Domain Name System yang berfungsi untuk menyeragamkan sistem permberian nama alamat di jaringan komputer.
Menjelang tahun 2008, telah muncul sosial media aplikasi Facebook yang telah mencetuskan fenomena di seluruh dunia. Bilangan pengguna dan pelayar aplikasi Facebook ini juga semakin meningkat saban waktu. Sekiranya mahu mendapatkan pekerjaan atau memohon pekerjaan, hanya perlu menghantar resume dan semuanya melalui online sahaja. Personaliti dan gambar yang menarik yang terpapar di aplikasi Facebook boleh menarik orang untuk memulakan komunikasi dan berkenalan atas talian. Jarak beribu batu juga dapat di “dekatkan” melalui Facebook. Facebook dan Twitter mempunyai manfaat dalam memberikan maklumat terkini apa yang terjadi dan berlaku. Melalui sosial media ini, mampu mewujudkan komunikasi secara maya namun berkesan.
Sebagai contohnya, jika diteliti banyak imej menarik dapat dilihat daripada protes rakyat di Mesir semasa demonstrasi di dataran Tahrir. Akhbar The Times menawarkan slaid-slaid gambar yang diambil oleh jurufoto-jurufoto dari AP, Reuters dan EPA. Gambar golongan muda di sekeliling unggun api telah menjadi simbol universal. Apa yang cuba digambarkan  oleh media Barat ini adalah kehangatan dalam semangat dan cahaya kebenaran telah menyatukan rakyat dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang menuntut pemerintah meletak jawatan. Gambar telefon bimbit yang duduk seiring dengan gambar unggun api memperlihatkan sumber hubungan sosial.

Menurut The Times dan The Guardian dan telah diperdebatkan  dalam laman web Democracy Now yang juga mempunyai entri dalam Twitter menyatakan bahawa protes yang kita saksikan di Tunisia dan Mesir merupakan satu revolusi dalam penyebaran maklumat. Malah media Barat memaknainya sebagai suatu revolusi Twitter. Oleh kerana terlalu obses, teruja dan ghairah dengan apa yang dapat dilakukan Facebook dan Twitter, penyelidikan mendalam mengenai peranan teknologi telah diabai dan dilupakan. Mungkin ini bukanlah perkara baru kerana inovasi teknologi akan terus berlaku di mana manusia akan terus mencari penemuan yang baru. Inilah juga yang membawa kepada penemuan internet dan telefon bimbit. Tanpa Twitter dan Facebook, protes rakyat, tidak akan berjaya di Tunisia? Sejauh manakah benar kenyataan ini? Jawapan boleh jadi ya atau tidak. Hal ini dapat menjadi pencetus tapi bukan penentu kepada perubahan dalam kehidupan manusia. Hal ini demikian kerana terdapat aspek-aspek lain yang turut menyumbang kepada protes rakyat dari segi ekonomi, politik dan sosial umpamanya.
Bagi menyahkan kemaruk revolusi Twitter yang digemburkan sebagai kuasa baru, kita harus mengetahui hakikatnya bahawa media sosial yang dikatakan Facebook dan Twitter bukanlah teknologi. Ia adalah firma komersial dengan perkhidmatan yang dimajukan sebagai komoditi yang bertujuan memberikan nilai tambah dan pulangan keuntungannya kepada para pelabur. Twitter teknologi telah mengenepikan pembangunan dan kemajuan teknologi. Keterujaan terhadap sesuatu teknologi akan menaikkan semangat seolah-olah teknologi adalah bebas dari sebarang autoriti atau penguasaan.
Ia seolah-olah menenggelamkan kita daripada memikirkan hubungan demokrasi dengan teknologi dalam masyarakat kapitalis. Kita juga dilalaikan daripada memikiran kerumitan hubungan budaya, politik dan ekonomi dengan teknologi dan membebaskan peranan pemerintah, institusi dan perundangan dunia yang bergantung kepada teknologi dalam melakukan ketidakadilan dan kekejaman. Mungkin ramai pengkritik yang tidak bersetuju dan menunjukkan bahawa revolusi Twitter atau Facebook telah memperhebatkan protes rakyat di Mesir tetapi fenomena harus diselidiki dengan lebih mendalam.
Liputan berita Barat agak meluas mengenai apa yang berlaku di negara Arab mengenai protes rakyat menentang kerajaan Presiden Zine El-Abidine Ben Ali sehingga beliau melarikan diri meninggalkan Tunisia berlindung di Arab Saudi. Laporan Media Barat seolah-olah memperlihatkan ledakan sosial dalaman ditujukan kepada penentangan terhadap kerajaan. Campur tangan asing dalam hal-ehwal dalam negeri Tunisia tidak pernah disebut media Barat atau tidak pernah ada. Sebenarnya kenaikan harga barang dan isu pengangguran di Tunisia bukanlah berpunca dari dasar kerajaan Ben Ali tetapi ia telah diatur dan ditentukan oleh Wall Street dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Bahkan pemimpin yang lebih kejam adalah mereka yang di belakang Wall Street dan IMF. Oleh itu, kita harus kritikal dengan konsep revolusi Twitter atau Facebook dan tidak menjadikan kita sebagai alat pemantauan kerajaan.


BAB 12:- ADVERTISING AND PUBLIC RELATIONS

Pengiklanan telah diamalkan sejak zaman dahulu.  Ianya bermula dari zaman dahulu kala, zaman cetakan, zaman maklumat dan hinggalah kini iaitu zaman pengiklanan moden.  Seiring pertumbuhan ekonomi yang berkembang, pengiklanan menjadi sangat penting kerana mempunyai potensi dalam memulakan perniagaan. Menurut Terence A. Shimp (2003), secara umum pengiklanan mempunyai fungsi komunikasi yang penting bagi perusahaan perniagaan dan organisasi yang lain.
         
          Antara fungsi pengiklanan ialah, Informing iaitu memberi informasi. Hal ini dapat dilihat oleh konsumer apabila cuba mencari maklumat mengenai barang terbaru yang dijual atau dipasarkan. Seterusnya ialah Persuading atau pemujukan. Pengiklanan yang efisien dan efektif mampu merangsang minat pengguna untuk  mencuba dan menggunakan produk yang terdapat di pasaran. Hal ini demikian kerana terpengaruh dengan keberkesanan iklan yang dipaparkan. Seterusnya ialah Reminding iaitu mengingatkan. Pengiklanan bertanggungjawab untuk memastikan agar perniagaan yang ingin diusahakan terus dikenali dan bertahan di pasaran. Pengiklanan yang efektif dapat meningkatkan minat pengguna terhadap produk yang digunakan.

Seterusnya ialah Adding values iaitu memberikan nilai tambah. Pengiklanan dapat memberikan nilai tambah pada produk dan mempengaruhi persepsi pengguna. Pengiklanan yang efektif menyebabkan produk dianggap lebih unggul dan bergaya dari pesaing perniagaan yang menawarkan barangan yang sama. Di samping itu juga pengiklanan ini juga Assiting atau bantuan. Pengiklanan akan membantu perniagaan untuk memberikan tawaran terbaik kepada pengguna untuk membeli barang dengan cara penawaran kupon-kupon atau diskaun pembelian melalui pengiklanan yang dipaparkan, Keadaan ini sedikit sebanyak membantu untuk melariskan perniagaan.

          Selain kepentingan pengiklanan untuk memperkenalkan penrniagaan, perhubungan awam tidak dinafikan mempunyai pengaruh besar dalam menentukan hala tuju perniagaan ke arah yang lebih baik. Berdasarkan sejarah, konsep perhubungan dengan pihak awam atau (perhubungan awam) adalah mewakili aktiviti komunikasi yang digunakan di Amerika Syarikat untuk meluaskan pengaruh serta kekuasaan kepada negara lain. Sebagai contohnya, kempen Perang Dunia Pertama telah memperjelaskan bahawa pengiklanan itu digunakan untuk mempengaruhi tanggapan awam dan nilai. Pengiklanan memfokuskan kepada penghasilan produk baru dan idea ini sememangnya jauh lebih baik berbanding dengan peranan pengiklanan yang dikaitkan dengan pemodenan. American of Advertising Agencies pada tahun 1926, Presidennya, Coolidge mengatakan bahawa pengiklanan bertanggungjawab ke atas perubahan hidup manusia. Selain itu, jika dilihat sebelum ini pengiklanan tidak dapat dipisahkan dengan standard penilaian untuk menggunakan white people, middle class bagi mengiklankan sesuatu produk bagi menimbulkan keyakinan ke atas produk yang diusahakan.

 Selain itu, perhubungan awam merupakan suatu usaha yang dirancang untuk mempengaruhi pendapat melalui perwatakan yang baik dan prestasi yang bertanggungjawab berdasarkan kepada komunikasi dua hala yang saling memuaskan dua pihak. Perhubungan awam ialah bentuk utama komunikasi yang mengarah kepada pemantapan, pemahaman dan penerimaan publik. Menurut Kim-JN, Ni, dan Sha, (2008), segmentasi dalam perhubungan awam boleh membantu memilih publik yang berpotensi dan hal ini dapat meningkat keberkesanan organisasi dalam mendapatkan sokongan sumber daripada pihak berkepentingan dan publik bagi membantu memenuhi matlamat strategik organisasi. Perhubungan awam secara spesifiknya membantu aktiviti jualan. Selain itu dapat memberi kesedaran dan membina aktiviti jualan melalui hubungan di antara pengguna d an jenama. Perhubungan awam memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran khususnya.         
Terdapat empat model perhubungan awam iaitu traditional publicity, public information, persuasive communication dan two way symmetric yang telah diperkenalkan oleh James Grunig dan Todd Hunt (1984) dalam artikel popularnya berjudul Menguruskan Perhubungan Awam (1984) dan menyatakan bahawa perhubungan awam sebagai mengurus komunikasi antara organisasi dengan pihak publik. Pemaknaan model yang pertama iaitu traditional publicity adalah perhubungan awam mencipta rangkaian media untuk klien, produk atau acara. Usaha ini dapat dilihat dalam publisiti spontan yang diperolehi melalui temubual selebriti dalam majalah fesyen seumpamanya. P.T Barnum merupakan antara orang terawal mengamalkan jenis perhubungan awam ini. Dia berpendapat bahawa usaha mendapatkan publisiti berjaya kerana dia percaya sebarang rangkaian merupakan asset berharga untuk memperkenalkan klien, produk atau acara. Contohnya, publisiti ekstrem mengenai kontroversi penyanyi Lady Gaga dan Marilyn Manson.


            Model seterusnya ialah public information adalah untuk memberi maklumat. Model ini kurang memberi perhatian kepada rangkaian media dramatik melainkan memberi informasi mengenai produk yang ingin diperkenalkan. Seterusnya ialah persuasive communication iaitu memujuk sasaran audiens untuk mengadaptasi sebahagian perilaku atau pandangan. Untuk melihat sejauhmana keberkesanan model ini, model jenis ini mempunyai respon yang menjadi ukuran dan penilaian. Sebagai contohnya, propaganda kerajaan. Edward Bernays dikenali sebagai pegawai perhubungan moden disebabkan usaha beliau dalam meningkatkan jualan bond dalam Perang Dunia pertama.

Di samping itu, model seterusnya ialah two  way symmetric model. Model jenis ini, menggambarkan komunikasi yang berkesan di antara organisasi dan pengguna. Dengan mengadakan perbincangan secara dua hala maka keputusan melalui persefahaman dan persetujuan dapat dicapai dengan baik. Model perhubungan awam jenis ini diamalkan di forum terbuka bagi mendapatkan sokongan umum. Perhubungan awam dapat menjana idea dan perhatian umum untuk mendapatkan pelanggan. Dan ianya juga dapat dilihat sebagai usaha untuk memudahkan komunikasi di antara syarikat, pelabur, rakan usahasama dan pekerja. Komunikasi dua hala ini penting dalam sesebuah organisasi bagi membantu pekerja merasa mereka adalah sebahagian daripada syarikat.

Antara fungsi perhubungan awam mengendalikan semua aspek untuk organisasi seperti mewar-warkan produk organisasi melalui media. Perhubungan awam termasuklah mempunyai rangkaian media yang membolehkan produk, klien atau acara dapat diperkenalkan dengan baik sama ada melalui media cetak, media elektronik dan media sosial. Selain itu juga membantu mengukuhkan komunikasi dalaman di antara organisasi dan pekerja serta subsidiar dalam organisasi. Selain itu juga, menjaga hubungan dengan rakan kongsi perniagaan yang diusahakan. Perhubungan awam juga bertujuan untuk menjaga kepentingan awam dengan terlibat sama dengan pemimpin komuniti dan juga menyelesaikan isu umum berkaitan dengan isu produk yang ada. Hubungan dengan pelabur juga menjadi keutamaan bagi menjaga kelangsungan perniagaan, dan dilihat perhubungan awam memainkan peranan dalam menyeimbangkan kepentingan antara organisasi, pelabur dan pemegang saham. Selain itu, perhubungan awam juga membantu untuk membersihkan dan menjaga imej syarikat dari terpalit kepada isu-isu yang mampu mencemarkan syarikat.

Kesimpulannya, pelbagai usaha dilakukan oleh syarikat untuk menjenamakan produk di samping mengutamakan komunikasi di antara syarikat dan pengguna bagi menjaga kelangsungan produk di dalam pasaran. Laman media sosial juga membantu memberi perangsang untuk menggunakan pelbagai teknik penjenamaan dan membenarkan pengguna untuk membina profil organisasi mereka untuk berkomunikasi dengan teras nilai yang ingin dipertonjolkan kepada khalayak. Hal ini adalah sedikit sebanyak daripada kesan pengiklanan dan juga kefungsian perhubungan awam dalam kebudayaan moden. Penjenamaan yang dahulunya menjadi teknik dalam perniagaan untuk memasarkan produk, kini telah menjadi sebagai teknik komunikasi umum yang digunakan untuk memberikan keyakinan kepada khalayak ramai untuk memilih produk mereka sebagai sebahagian daripada kelangsungan kehidupan.

Monday, November 5, 2018

LAPORAN TUGASAN TUTORIAL : SOALAN 3 (20%)

Adakah anda bebas dari segi minda dan jasad?


  • Secara globalnya siapa yang mengawal media? 
    • The Big Six, Huraikan bagaimana?
  • Di Malaysia siapa yang mengawal media?
    • RTM, Media Prima. Huraikan bagaimana?
  • Implikasi pemilikan dan pengawalan ini?
  • Salah siapa? Siapa kita (Jati diri)?

  • Apa tindakan kita?  
    • Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka, kita mempunyai hak dan tanggungjawab yang cukup besar dalam mencorak dan menentukan acuan yang paling sesuai untuk rakyat dan negara kita. Apa yang sesuai untuk negara lain tidak semestinya sesuai untuk negara kita, Malaysia. Begitu juga dalam prinsip kebebasan bersuara. Dalam isu ini, media adalah satu medium yang mampu memberi kesan besar kepada masyarakat. Justeru, ajaran islam perlu dijadikan dasar panduan utama dalam membentuk garis panduan kebebasan media komunikasi mahupun media massa dan amalan etika pengamal serta penggina media di negara kita.
    • Bukan begitu sahaja, pengguna media massa perlu bijak dalam memilih mesej yang memberi manfaat berlandaskan prinsip akhlak mulia. Untuk memastikan media sentiasa bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar, penguat kuasa undang-undang perlu tegas dalam memainkan peranan. Tindakan mewujudkan panel syariah sebagai penasihat badan media juga adalah satu langkah wajar yang perlu diberi perhatian.Dalam hal yang demikian, isu utama yang sering dibangkitkan masyarakat khususnya pengamal media ialah hak menulis dan melapor dengan bebas tanpa sekatan. Benar, kebebasan untuk menulis, memberi pandangan, melapor atau dikenali sebagai "kebebasan media" sangat berkait rapat dengan kebebasan bersuara iaitu salah satu hak asasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
    • Harus ditekankan bahawa kebebasan pengamal media untuk menulis, memberi pandangan, melapor dan menerbit sesuatu perkara adalah tertakluk kepada sekatan-sekatan yang wajar seperti diperuntukkan secara nyata melalui undang-undang. Oleh kerana pengamal media diberi kuasa unruk "mempengaruhi" orang awam maka sewajarnya digunakan dengan penuh tanggungjawab bagi memelihara ketenteraman dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Selain itu, pengamal media yang bertanggungjawab juga harus bersama-sama menilai dan mengkritik dalam usaha menambah nilai yntuk kebaikan, dan bukannya mengkritik untuk meruntuhkan. Mesej yang disampaikan harus mampu mengubah persepsi dan sikap masyarakat terhadap sesuatu perkara.
    • Media yang digerakkan dengan penuh kesedaran sosial mampu membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat dan negara, namun media yang dilonjakkan dengan semangat mencari keuntungan semata-mata tanpa memikirkan kemusnahan akhlak dan pemikiran bangsa akan mengundan pelbagai malapetaka. Sehubungan itu, masyarakat umum selaku pengguna komunikasi media haruslah menjadi pengguna bijak dalam menilai sesuatu mesej yang dilihat, dibaca dan didengar. Usah bertindak melulu dengan menyebarkan sesuatu yang belum pasti kesahihannya. Jadikan informasi berakhlak sebagai salah satu budaya kita.        

LAPORAN TUGASAN TUTORIAL : SOALAN 2 (20%)

Apa itu Estate ke-4 (4th Estate) dan mengapa berubah menjadi Estate ke-5 (5th Estate) ?




Revision Guide AK10303

1) Kedudukan media dalam sistem demokrasi? Contoh? 2) Evolusi media dari Estet Ke-4 ke Estet Ke-5. Contoh? 3) Media itu apa? Contoh? 4) B...